Cara Buat Popia Carbonara Frozen. Ringkas & Mudah. Nak Makan Tinggal Goreng Je

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Popia Carbonara Frozen. Ringkas & Mudah. Nak Makan Tinggal Goreng Je

Ada sesetengah orang dia suka simpan stok makanan sejuk beku (frozen). Bila nak makan tinggal keluarkan dan goreng sahaja. Bila tengah lapar atau tiba-tiba ada tetamu bertandang ke rumah jadi tinggal keluarkan untuk dimasak saja. Cepat dan mudah

Popia Carbonara forzen ini salah satu resepi yang boleh anda cuba dan buat. Sesuai dijadikan sarapan atau hidangan petang. Jika buat banyak boleh letak dalam peti. Nak makan atau ada tetamu just keluarkan untuk dimasak.

Jom try buat popia carbonara ni. Resepi perkongsian Harmiza Razak. Senang je. Bahan pun tak banyak. Sedap pulak tu

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • Bawang holland secukupnya dan potong dadu.
  • Bawang putih secukupnya dan dipotong dadu.
  • Isi ayam dipotong dadu.
  • Sosej ayam.
  • Cheese mozzarella atau cheese petak.
  • Sos Prego keju dan herba.
  • Blackpepper.
  • Kulit popia secukupya.
  • Butter cup sikit untuk menumis.
  • Susu Pure Fresh Milk Farm Fresh.

CARA-CARA MEMASAK :

1. Masukkan butter sikit dan tumiskan bawang holland bersama bawang putih.

2. Bila bahan tumisan dan naik bau dah perang sedikit, masukkan ayam. Ayam tu masak sampai kering okay.

3. Agak lagi sikit nak kering, masukkan sosej. Lepastu masukkan blackpepper.

4. Kemudian, masukkan sos prego keju dan herba. Kena pakai prego yang ni baru marvelous rasanya nanti.

5. Lepastu masukkan susu Pure Fresh Milk Farm Fresh. Masuk sikit je. Kalau tak ada pun takpa no problem.

6. Kemudian, masukkan chesse slice pula kedalam kuah kita tadi. Kemudian masukkan bahan last kita iaitu carrot pula dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.

7. Bila dah siap sos kita tadi bersedialah untuk diisi kedalam kulit popia kita tadi. Beli kulit popia yang dah siap je. Balut nanti tu agak-agak je. Jangan lebih sangat jangan kurang sangat.

8. Bila dan siap balut. Bolehlah simpan dalam peti sejuk dan goreng bila perlu.

9. Siap

Selamat mencuba

Sumber/Foto : Harmiza Razak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*