Resepi Donut 1 Cawan Tepung Yang Cantik & Gebu Kejadiannya. Ngam Untuk 2 Orang Makan

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Donut 1 Cawan Tepung Yang Cantik & Gebu Kejadiannya. Ngam Untuk 2 Orang Makan

Resepi dan cara buat donut cantik, gebu kejadiannya oleh Khairunnisa Mohammad . Hanya guna satu cawan tepung sahaja. Sesuai untuk 2 orang makan.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI DONUT 1 CAWAN

Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. So hari ni kita buat satu cawan tepung je.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis (sudu KFC)
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • ¼ cawan air suam
  • ½ sudu besar marjerin

CARA-CARA :

1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Gaul dan uli sekejap.

2. Kemudian baru masukkan marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.

3. Perap selama 1 jam.

4. Selepas dah siap perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bentukkan bulat dan penyekkan. Buat lubang di tengah.

5. Perap lagi 30 minit. Kemudian sedia untuk digoreng.

6. Bila dah siap goreng, boleh salut dengan gula atau susu.

Sumber/Foto :  Khairunnisa Mohammad via MyResipi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*