Cara Buat Sambal Nasi Lemak ‘Style’ Hitam Pekat, Boleh Cubit-Cubit & Rasanya Sedap
Sambal ada hidangan yang tidak asing lagi, ada pelbagai jenis bahkan versi sambal yang boleh kita makan. Kehadiran sambal dapat menaikkan lagi rasa sesuatu hidangan. Bahkan sesuatu hidangan jadi sempurna dengan adanya sambal. Cuba makan nasi lemak tanpa sambal.. haru jadinya kan?
Ada sesetengah orang disuka sambal yang pekat dan boleh dicubit-cubit semasa makan. Resepi perkongisan Farhah Azman ini menarik perhatian ramai apabila beliau membuat perkongsian resepi sampai style hitam pekat.
Mari kita ikuti perkongsian resepi beliau dibawah ini
RESEPI SAMBAL NASI LEMAH STYLE HITAM PEKAT
Suami suka sangat sambal nasi lemak macam ni. Tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan.
Buat sambal ni tak pakai bawang putih, Tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak
Ramai nak resepi, resepi saya ni biasa saja. Harap semua suka. Resepi ni Saya buat banyak, untuk saya simpan sekali.
BAHAN-BAHAN BLEND :
- Lada kering 1 genggam
- Lada besar merah 2 genggam
- Bawang merah besar 3 biji, bawang kene banyak, manis Rasa bawang penting
- Segenggam ikan bilis.
- Bahan ni semua blend ok.
BAHAN PERASA :
- Gula merah
- Garam
- Asam jawa
- Ini semua bubuh secukupnya ya.
Ok.
CARA MEMASAK :
1. Dah blend, panaskan api, minyak banyak ye, pastu masuk bahan blend, kemudian terus masuk gula merah, ni rahsia nak warna sambal gelap. Kene masuk gula awalllll.
2. Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, pastu biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 Kali pecah minyak ya.
3. Anggaran Masa masak 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat. Saya biasa suka 3 jam keatas. Memang pekat elok macam ni.
4. Jangan lupa, masak api sederhana. Jangan bukak besarrr
5. Lupa nak bgtau. Tengah-tengah masak sambal tu, kalau nak tabur bilis lagi pun Bolehhh. Sedap sangat Tau!
Cubalah..
Sumber/Foto : Farhah Azman
Leave a Reply