Guna Rice Cooker Ini Cara Masak Pulut Kuning Sangat Mudah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Guna Rice Cooker Ini Cara Masak Pulut Kuning Sangat Mudah

Resipi pulut kuning perkongsian saudari Nazra Queenni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Hidang bersama rendang, fuhhh…memang terangkat habis. Berbaloi cuba masak untuk keluarga.

BAHAN-BAHAN MASAK PULUT KUNING:

  • 300gm beras pulut – basuh & tos air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 helai daun pandan
  • Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK PULUT KUNING GUNAKAN RICE COOKER:

1. Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.

2. Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.

3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.

4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.

5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.

6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.

9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.

10. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto pulut kuning : Nazra Queen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*