Tanam Bayam Brazil Dalam Bekas Botol Plastik Cukup Mudah Dan Dapat Jimat Ruang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tanam Bayam Brazil Dalam Bekas Botol Plastik Cukup Mudah Dan Dapat Jimat Ruang

Buat ibu-ibu yang nak tanam sendiri pokok ini, jangan risau ia sejenis tumbuhan yang mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Cuma kenalah ada caranya.

Bagi yang nak jimatkan ruang tanah, ikut cara Pn Zainol Yunus‎ ini dengan menggunakan botol plastik terpakai untuk tanam bayam brazil. Selamat mecuba!

Salam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.

Cara-cara membuat:

1. Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.

2. Bawah botol pun perlu ditebuk.

3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.

4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.

5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.

6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.

7. Batang yg telah ditanam pada botol.

8. Ini contoh yang dah lama ditanam.

Semoga dengan perkongsian cara tanam bayam brazil menggunakan botol mineral ni dapat membantu memudahkan mereka yang tidak mempunyai ruang halaman untuk bercucuk tanam.

Sumber: Pn Zainol Yunus














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*