Hilangkan Dengan Mudah Ini Kaedah Tanggalkan Habuk Degil Yang Melekat Di Perabot

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Hilangkan Dengan Mudah Ini Kaedah Tanggalkan Habuk Degil Yang Melekat Di Perabot

Habuk menjadi salah satu punca rumah jadi nampak kotor dan juga boleh memudaratkan kesihatan kita. Bukan itu sahaja, kadang-kadang stres juga kerana walaupun dah bersihkan rumah, dalam masa sehari mesti sudah cepat berhabuk. Oleh itu, seorang pengguna TkTk @jason_jezi telah berkongsi cara nak hilangkan habuk dan buatkan habuk tidak lekat pada permukaan perabot.

CARA NAK HILANGKAN HABUK DAN BUAT HABUK TIDAK LEKAT PADA PERMUKAAN PERABOT!

Senang sahaja nak buang habuk ni. Tapi yang stresnya bila habuk ni datang dengan cepat walaupun baru semalam kita dah bersihkan rumah. Oleh itu, ada tips yang boleh membuatkan habuk itu tidak lekat pada rumah.

Caranya adalah membuat air lap magik! Bukannya magik sangat pun, hanya dengan menggunakan beberapa bahan ini, confirm habuk pun takut nak datang!

Bahan-bahannya:

  • 1 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu sabun
  • 2 sudu cuka
  • 1 cawan air
  • Sedikit essential oil

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut dan goncangkan sehingga sebati.

2. Letakkan ke dalam botol penyembur. Dan sudah siap!

Sangat mudah kan nak buat penyembur magik ini! Memang confirm habuk pun takut datang nak lekat. Selamat mencuba!

Rumah yang cantik dan bersih merupakan idaman hampir semua orang. Apabila rumah kotor, mesti mental kita pun jadi serabut jugak. Jadi sangat penting untuk semua orang mempunyai rumah yang bersih.

Sumber: @jason_jezi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*