Dalam Seminggu Daun Dah Naik Tinggi Ini Cara Mudah Tanam Daun Kesum

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dalam Seminggu Daun Dah Naik Tinggi Ini Cara Mudah Tanam Daun Kesum

Daun kesum menghasilkan rasa masam lemak selain aroma yang cukup menyelerakan. Justeru itu, sekiranya anda penggemar masakan yang mempunyai aroma daun kesum, apa kata anda cuba tanam sendiri di rumah.

Daun kesum sangat mudah untuk ditanam. Lebih kurang seminggu tumbuhan ini dah naik tinggi dan hasilnya bolehlah lihat perkongsian di bawah. Selamat mencuba!

Cara mudah menanam keratan kesum. Seperti yang kita tahu, kesum suka hidup di kawasan yang lembab atau sikit berair.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. Bekas yang tiada lubang di bawahnya. Boleh guna tong cat kecil atau besar. Bekas dekat kedai eco or ninso ada banyak jual.

2. Beli je tanah 6 in 1. Saya guna seperti di gambar beli dekat Mr. DIY atau boleh lah guna tanah YG senang dapat, yang penting medium itu lembut bukan keras.

3. Plastik jernih mengikut size pasu. Nak bungkus pasu boleh rujuk gambar.

4. Pucuk kesum. Sila guna bahagian pucuk ya.

Baja yang saya gunakan adalah baja XY atau boleh guna baja AB atau baja biji pun boleh je.

CARA MENANAM DAUN KESUM

Cara nak buat boleh klik gambar dan baca nota yang ada pada gambar. Jika tak faham boleh tanya ya, InsyaAllah saya jawab.

1. SEDIAKAN BAHAN & BARANG SEPERTI DALAM GAMBAR

2. TEBUK 2 LUBANG DI BAHAGIAN TEPI BALDI (DEPAN & BELAKANG)

3. MASUKKAN PULA MEDIUM & JANGAN LUPA BASAHKAN

4. BUNGKUS BALDI DENGAN PLASTIK JERNIH DENGAN KETAT & TAK PERLU BUAT LUBANG

5. LIHATLAH HASILNYA BERDAUN LEBAT!

Sumber: Ardi Tani via Berkebun D Rumah Official

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*