Gelang Emas Tak Mudah Jatuh Ini Cara Pasang Cangkuk ‘S’ Dengan Betul

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Gelang Emas Tak Mudah Jatuh Ini Cara Pasang Cangkuk ‘S’ Dengan Betul

Namun tahukah anda, cara sebenar memasang emas yang mempunyai cangkuk jenis ‘S’? Kalau salah pasang boleh hilang dan diri sendiri yang rugi. Emas bukan rendah ya nilainya.

Melalui sebuah video di laman tktk, seorang pengguna bernama Mexsu Empire berkongsi cara betul pasang emas bercangkuk ‘S’ supaya ia tidak hilang dan rosak. Jom ikuti perkongsian tips beliau.

Customer selalu datang repair cangkuk dah bengkok macam ini. Sampai ada yang patah.

Cangkuk bertindih macam ni adalah punca cangkuk bengkok dan patah.

Orang ingat bila tindih macam ini, rantai tangan akan lebih selamat. Tapi bila tindih macam ni cangkuk lagi senang patah dan senang tercicir.

JANGAN LAKUKAN CARA INI PADA CANGKUK EMAS!

Jangan buka cangkuk ke atas macam ini. Jangan tindih cangkuk macam ni.

Jangan biasakan buat macam ni sebab itu rantai korang rosak.

TIPS BETUL PASANG CANGKUK EMAS JENIS ‘S’!

Meh saya ajar kawan-kawan cara yang betul.

1. Buka cangkuk ke depan bukan ke atas.

2. Bila tutup cangkuk pastikan dia rata dan tak bertindih.

Barulah rantai tak rosak.

Jom ikuti cara yang betul ini. Tiadalah rasa was-was selepas ini nak pakai. Tak perlu lagi dah simpan dan pakai bila majlis tertentu saja, boleh buat pakai harian. Barang kemas emak tak hilang, perhiasan anak dara pun selamat tersergam indah di badan.

Semoga membantu!

Sumber: Mexsu Empire

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*