Buat Sendiri Roti Loaf Di Rumah Ini Resepi Boleh Ikut Mudah Saja Rasa Pun Sedap
Sekarang anda jangan risau lagi, boleh buat roti loaf sendiri di rumah. Resipi roti loaf yang dikongsikan Hehiman Sakuan ini memang senang nak buat dan boleh nikmati bersama keluarga tercinta.
Bahan yang diperlukan untuk buat roti loaf
Bagi membuat resipi sebuku roti homemade ini anda perlu menyediakan bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan marjerin
- 3 sudu gula
- 1 sudu makan yis
- Sedikit garam
- 1 cawan susu
Susu boleh pilih sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing)
Cara membuat roti loaf homemade
Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih sebegini. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.
Biar adunan nampak cantik
Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar.
Sempurna!
Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja.
Sumber: Hehiman Sakuan
Leave a Reply