Sekejap Je Siap Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Lempeng Lembut Dan Gebu Memang Sedap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Sekejap Je Siap Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Lempeng Lembut Dan Gebu Memang Sedap

Resipi inilah yang nenek moyang kita kenalkan pada mak-mak kita kan? Bukan sahaja mudah disediakan malah mengenyangkan! Lempeng merupakan makanan yang tidak lapuk dek zaman.

Lagi-lagi kalau dicicah bersama kuah kari atau sambal tumis, memang berkeping-kepinglah makan. Ia bukan sahaja sesuai untuk hidangan sarapan pagi malah pada bila-bila waktu sahaja dan boleh dimakan oleh semua peringkat umur.

Penulis tahu, anda semua dah ‘pakar’ membancuh adunan lempeng, tapi kali ini kami nak kongsikan resipi lempeng yang diadun bersama santan. Rasanya memang sedap! Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Safiyya Zaidziqry ini.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar santan kotak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air (kalau adunan pekat boleh tambah lagi setengah cawan air)

Cara membuatnya

1. Wisk atau kisar semua bahan-bahan di atas. Bila dah siap tuangkan ke dalam mangkuk

2. Panaskan kuali non stick dan tuangkan adunan sedikit (tak perlu sapu minyak). Bila lempeng dah masak boleh angkat.

3. Ulang teknik yang sama sehingga adunan habis.

4. Siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan bersama kuah kari atau apa sahaja ikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Safiyya Zaidziqry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*