Kombinasi Warna Untuk Rumah Ini Kesilapan Semasa Memilih
Memang sukar nak pilih warna tema untuk rumah. Takut ‘over’ sangat, takut ‘tenggelam’ sangat. Tak ramai sebenarnya yang dapat memadankan warna perabot dengan warna cat rumah yang cantik.
Ini antara kesilapan biasa yang boleh anda elakkan.
Walaupun ada warna tema, anda boleh pilih beberapa tona untuk memberi kepelbagaian.
8 KESILAPAN SEMASA MEMILIH KOMBINASI WARNA UNTUK RUMAH ANDA
Ada 8 common mistake yang dilakukan dalam pemilihan warna cat cantik dengan perabot yang sesuai. Kalau boleh, cuba jauhi.
Ini kerana, warna cat rumah cantik tidak semestinya cukup untuk digayakan dengan apa-apa jenis perabot.
1. WARNA CAT RUMAH CANTIK, TAPI TERLALU SELAMAT
Putih melambangkan bersih dan suci. Ramai yang memilih warna ini dalam apa jua jenis kediaman kerana ia warna ‘safe’. Lebih tepat, warna putih sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis dan reka bentuk perabot mahupun soft furniture.
Namun tahukah anda penggunaan warna putih pada dinding, perabot dan soft furniture seperti langsir, sarung bantal, permaidani dan koleksi aksesori deko adalah common mistake yang biasa dilakukan?
Ini adalah kerana dalam ruang yang kecil, serba putih memberi suasana yang boring dan dull. Seharusnya, jika dinding berwarna putih, serikan suasana dengan menggabungkan warna-warna ceria pada soft furniture.
Warna putih tak salah, tabi gabungkan dengan sedikit warna kontra supaya nampak ‘hidup’.
2. GANDINGAN TIDAK SESUAI DI ZON WARNA
Zon warna dilakukan sebagai pemisah ruang misalnya rona hijau untuk ruang tamu dan merah untuk ruang makan.
Namun bagi ruang kecil, gandingan warna antara satu ruang dengan ruang yang lain haruslah sesuai. Jika salah gandingan warna, ruang kecil akan nampak padat dan sempit.
Gabungan 2 warna masih boleh disesuaikan jika ia dirancang dengan baik.
3. PENCAHAYAAN KURANG BERSERI
Pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira sewaktu pencahayaan di waktu malam.
Ada warna yang menambah suasana suram dalam kediaman meskipun diterangi dengan pencahayaan lampu.
Lampu yang kreatif juga dapat mencerahkan suasana serta menjadi penyeri ruang tamu.
4. WARNA LANTAI DIABAIKAN
Biasanya orang lebih fokus pada pemilihan warna cat dan perabot. Tapi tahukah, warna lantai turut mempengaruhi visual dan keseluruhan suasana dalam bilik?
Pastikan warna lantai hampir sama dengan warna bilik. Jika penggunaan warna yang salah, boleh mempengaruhi ketenangan ruang berkenaan.
Corak lantai yang berani tetapi memberi kesan yang sangat ‘awesome’ .
5. TERLALU BANYAK WARNA DALAM SATU RUANG
Tidak salah jika anda ingin gandingkan pelbagai warna dalam satu ruang namun elakkan guna proportion yang sama.
Pilih satu warna utama dan gunakannya kira-kira 60 peratus dalam ruang. Kemudian tambahkan satu warna, dan gunakannya kira-kira 30 peratus. Pilih warna terakhir dan gunakannya sehingga 10 peratus.
6. GANDINGAN WARNA KONTRA YANG TIDAK SEPADAN
Bukan semua berani bermain dengan warna kontra kerana salah gandingannya, ia memberi suasana yang janggal dan tidak selesa.
Sebab itu harus kreatif dalam membuat suai padan apabila mengguna warna-warna kontra agar tidak berlebihan.
Gabungan dua warna yang kurang memberi impak.
7. WARNA TERLALU GELAP
Satu warna satu ruang! Elak pilih satu warna untuk satu ruang sehingga soft furniture dan hiasan dalaman juga dari rona sama.
Ia akan menyebabkan ruang nampak gelap. Jika ingin juga menggunanya, pastikan memilih warna ton dari gelap ke lembut.
Warna merah pada kusyen sedikit sebanyak membantu ‘menaikkan’ warna yang agak suram.
8. PENGGUNAAN WARNA TERANG YANG BERLEBIHAN
Tidak salah jika ingin guna warna ceria dan terang dalam kediaman tapi pastikan ia diguna secara moderate. Terlalu banyak warna terang misalnya warna merah boleh menjadikan seseorang itu agrsif.
Manakala, warna-warna tenang pula dapat memberi kelegaan dan membantu mendamaikan perasaan.
WARNA BOLEH MEMPENGARUHI ‘MOOD’
Sebab itu perlu dikaji dahulu apabila memilih warna cat rumah cantik agar dapat disesuaikan untuk kediaman. Pemilihan warna yang salah boleh menjejaskan ‘mood’ dan suasana dalam rumah.
Leave a Reply