Kena Kreatif Dengan Bajet Rendah Ini Tip Menghias Kediaman
Sebenarnya, kalau tahu cara hias rumah sendiri, tidak perlu mengupah pakar. Maka, boleh dilakukan sendiri mengikut bajet sedia ada. Bila sebut tentang dekor, memang ramai yang beranggapan bahawa kos dekor sangat mahal. Sebab itu ramai yang memilih untuk menghias kediaman secara sederhana.
Apa yang perlu adalah IMAGINASI dan KREATIVITI.
CARA HIAS RUMAH DENGAN BAJET RENDAH. KENA KREATIF!
Ini 3 cara hias rumah dengan jimat. Idea ini boleh diaplikasikan pada semua jenis rumah walaupun rumah sempit, rumah kos rendah, atau pangsapuri.
1. CERIAKAN DINDING YANG KOSONG
Selain cat dan kertas dinding, anda boleh:
Tampal WALL DECO 3D yang banyak dijual di kedai serbaneka dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan baru.
Lekat PETA tempat-tempat yang sudah anda travel. Puas hati bukan bila tengok banyak negara yang anda sudah kembara?
Pamer HASIL KRAF TANGAN anda. Bukan semua orang miliki bakat seperti anda. Mana tahu ada yang sukakannya dan mengupah anda untuk melakukan yang sama di kediamannya.
Penuhi dengan GAMBAR BERBINGKAI sama ada koleksi keluarga, koleksi kegemaran dan banyak lagi.
Contoh wall deco 3d.
Contoh peta minimalis yang menggunakan ‘vinyl sticker’.
Dekorasi dinding dengan ‘washi tape’. Menarik!
‘Frame’ digunakan dengan tersusun untuk memenuhi dinding kosong.
2. UPGRADE PERABOT
Selain beli perabot yang baru, anda boleh:
Menyegarkan penampilan misalnya membuat SARUNG BARU yang cantik pada kerusi atau bangku.
Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan MENAMBAH WARNA ceria mengguna pelbagai alatan seperti sequin atau kain perca.
Membuat sarung baru pada kerusi lama.
DIY sequin pada sarung kusyen yang nampak ‘kosong’.
‘Stamping’ pada sarung kusyen yang polos.
3. RECYCLE BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN LAGI
Koleksi buku hard cover atau yang tebal jangan dibuang. Stack buku secara menegak dan…. tada! Ia bertukar menjadi MEJA SISI.
Begitu juga dengan majalah-majalah lama. Susun cantik-cantik dan ikat. Ia boleh dijadikan sebagai BANGKU.
Gantung majalah atau buku resipi pada hanger baju. Ia juga memudahkan anda mencapainya apabila perlu.
Guna semula tayar untuk dijadikan tempat duduk.
Menggunakan penyangkut baju sebagai deko yang berfungsi.
SIMPLE BUKAN?
Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk cantikkan kediaman. Bahan yang murah apabila digunakan secara kreatif, boleh memberi impak yang besar pada rumah anda.
Aplikasikan cara hias rumah di atas sebagai panduan menghiasi kediaman tanpa ‘mengoyakkan poket’ anda!
Leave a Reply