Amalkan 2 Bahan Ini Untuk Hindarkan Sampah Yang Mudah Berulat Memang Menjadi
Geli juga bila terlalu banyak ulat yang kelihatan berdekatan sampah malah ada yang terkeluar hingga kawasan sekitar. Memang sukar untuk dibersihkan. Kita juga yang salah kerana gagal buang sampah setiap hari dan membiarkan kotoran dan sisa makanan ini berhari-hari.
Masalah sampah di rumah kita memang menjadi satu masalah besar jika terlambat dibersihkan. Terlambat sampah dibuang, mulalah tong sampah kita dihinggapi ulat sampah.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini. Bukan apa kadang kita terlupa ada sampah mudah berulat.
Petua Elak Sampah Mudah Berulat
Blog la-abwa berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.
Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu.
Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah m4ti.
Petua 1
- bunga cengkih dan tvmbuk kasar.
- Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.
- Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan m4ti tanpa disembur bahan k1mia.
Petua 2
Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.
- Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
- Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
- Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
- Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.
Semoga berguna kepada semua. Boleh cuba ikut tip ini. Jangan lupa kongsi pada rakan yang lain yang masih belum tahu lagi.
Leave a Reply