Sisa Ikan Selepas Disiang Jangan Buang Boleh Guna Untuk Subur Tanaman

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Sisa Ikan Selepas Disiang Jangan Buang Boleh Guna Untuk Subur Tanaman

Baja sisa perut ikan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayuran dan buah-buahan. Mudah sahaja cara DIY pembuatan baja sisa ikan ini. Jom try!

Selepas selesai menyiang ikan, pasti sisanya akan dibungkus dan dibuang. Apa kata lepas ini jangan dibuang sisa ikan tersebut dan dijadikan baja untuk menghasilkan hasil tanaman lebih subur.

SISA IKAN YANG DISIANG BOLEH GUNA JADI BAJA TANAMAN

Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino as1d yang sangat baik untuk tanaman.

Tidak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.

Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini.

  • Nisbah perut ikan dan gula merah= 1:1
  • Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
  • Peramkan 3 sehingga 4 minggu
  • Tutup dan simpan di tempat gelap. Selepas itu, tapis patinya.

Masukkan perut ikan ke dlm tong peraman. Gaulkan dengan gula merah. Lagi lama peram lagi power baja ni nanti.

Kadar bancuhan:

  • 10ml pati + 1L air
  • Siram

Senang kan? Fungsi gula merah adalah untuk merangsang pembiakan bkteria serta menyuburkan tanah.

Hasil tanaman seperti bayam, kesom, cili padi dan terung subur dengan begitu gemuk. Wah!

Sumber:  Norahim Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*