Tak Berak Merata Ini Kaedah Ajar Kucing Guna Tandas Mudah Nak Urus

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tak Berak Merata Ini Kaedah Ajar Kucing Guna Tandas Mudah Nak Urus

Cara ini bukan sahaja boleh memastikan kawasan rumah bersih, malah anda juga boleh jimat banyak duit daripada membeli pasir kucing.

Tapi bila difikirkan tentang sifat kucing yang suka kncing atau buang air merata-rata membuatkan kita berfikir dua kali sebelum bercadang untuk membela kucing.

Kucing sememangnya antara haiwan yang paling popular untuk dipelihara dan dijadikan pendamping di rumah. Gelagatnya yang mencuit hati dan comel juga membuatkan seseorang mudah jatuh hati pada kucing.

Oleh itu, mari kita belajar cara melatih kucing menggunakan tandas.

Jom ikuti tips ini untuk anda yang merancang nak bela kucing!

CARA AJAR KUCING GUNA TANDAS

1. Perkenalkan Kucing Kepada Bekas Pasir

Langkah awal untuk mengajar kucing untuk membuang njis mengikut tempat ialah dengan menyediakan bekas berisi pasir kucing.

Bagi memudahkan kucing anda untuk beralih kepada menggunakan tandas, letakkan bekas berpasir di dalam tandas agar kucing dapat menyesuaikan diri dengan kawasan membuang njis.

2. Sentiasa Mop Lantai & Bersihkan Bekas Njis Kucing di Sekitar Rumah

Bagi menghilangkan njis serta bau yang tidak menyenangkan, anda digalakkan untuk sentiasa bersihkan bekas njis kucing dan mop lantai bersih-bersih sehingga hilang bau.

Kesan bau yang yang masih tersisa akan membuatkan kucing anda untuk terus membuang njis lagi di tempat yang biasa dan selesa bagi mereka.

3. ‘Kurung’ Kucing di Dalam Tandas

Ini salah satu tips yang dikongsikan di mdia sosiaI:

‘Kurung’ kucing anda di sangkat kucing selama 3 hari berturut-turut bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga selepas subuh atau 8.00 pagi.

Jangan lupa juga untuk tinggalkan bekas berisi makanan di dalam tandas supaya kucing tidak kelaparan.

Tips ini mungkin kedengaran macam ‘ke jam’, tapi cara ini amat berkesan bagi menyesuaikan kucing anda dengan persekitaran baru bagi membuang njis, lebih-lebih lagi bagi yang membela dengan melepas kucing di rumah.

Inilah gunanya sangkar kucing iaitu nak ajar mereka guna litterbox. KURUNG KUCING ADALAH TIDAK KE JAM OK! Buang mereka hanya sebab kncing / berak bersepah sebenarnya yang ke jam.

4. Atur Masa Kucing Menggunakan Tandas

Bagi yang membela kucing di dalam sangkar, anda juga boleh aturkan kucing anda untuk membuang najis mengikut masa. Antara waktu yang disarankan ialah seperti berikut :

  • Pagi : 6.00 pagi hingga 8.00 pagi
  • Tengah hari : 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang
  • Malam : 7.00 malam hingga 8.30 malam
  • Lewat Malam : 12.00 malam hingga 1.00 pagi

Namun, tidak semestinya kucing akan mengikut waktu ini ya!

Anda boleh tetapkan waktu sendiri mengikut kesesuaian anda dan kucing anda.

5. Gunakan Cuka

Kucing akan kerap kencing di tempat yang sama jika tidak disediakan tempat membuang njis.

Cara penggunaan cuka adalah seperti berikut :

  • Bersihkan kawasan yang telah dicmari njis sehingga kering.
  • Bilas kawasan tersebut dengan sedikit air dan cuka untuk menghilangkan bau njis dan air kncing.

Selain membersihkan njis serta kawasan yang sering menjadi tempat kncing, anda juga boleh gunakan cuka untuk menghilangkan bau serta bagi mengelakkan kucing kncing di tempat yang sama.

6. Beli Toilet Train Kit Untuk Kucing

Kini terdapat ‘toilet train kit’ untuk anda latih kucing buang air di tandas. Ia berupa bekas pasir yang mempunyai bentuk khas supaya boleh dimuatkan pada ‘toilet seat’ di tandas rumah anda.

Ciri-ciri menarik ‘toilet Kit’ ialah ia dilengkapi dengan tahap-tahap yang berbeza untuk memudahkan kucing menyesuaikan diri sehinggalah kucing sudah biasa dan boleh buang njis terus ke dalam lubang tandas.

Ia juga diperbuat daripada bahan yang tahan lasak serta bebas t0ksik. Anda boleh dapatkannya di kedai haiwan peliharaan atau di laman membeli-belah online seperti Shopee.

SELAMAT MENCUBA!

Dalam melatih kucing anda menggunakan tandas, anda perlu bersabar supaya kucing dapat menyesuaikan diri sedikit demi sedikit. Anda juga perlu memastikan rumah sentiasa bersih dan bebas bau njis atau kncing kucing.

Ini bagi memastikan kucing anda dilatih untuk membuang hajat di tandas sahaja.

Jangan lupa juga untuk bertegas dan konsisten dalam latihan supaya latihan lebih cepat selesai dan anda juga tiada masalah lagi pada masa akan datang.

Selamat mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*