Sumber Merimbun Ini Kaedah Tanam Daun Pandan Dalam Pasu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sumber Merimbun Ini Kaedah Tanam Daun Pandan Dalam Pasu

Pandan menjadi bahan pewangi dalam masakan di samping menyedapkan lagi rasa makanan yang dimasak seperti kuih muih dan juga manisan. Pandan memang merupakan antara bahan yang wajib dalam masakan orang Melayu.

Malah ada juga yang menjadikan tumbuhan ini sebagai pewangi ruangan dek kerana baunya yang harum.

Anda ada tanam di dalam pasu dan menghadapi masalah pokok yang tidak besar merimbun dan berdaun halus? Menerusi perkongsian, saudari Jue Jerry ada menerangkan cara-cara untuk menggemukkan pokok pandan di dalam pasu.

PETUA SUBURKAN DAUN PANDAN DALAM PASU

Bermacam jenis baja diletak, tapi tetap tidak subur. Jika ada laman yang luas, tiada masalah untuk menanam pokok ini terus di atas tanah namun bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad atau tinggal di apartment, tentunya pernah berhadapan dengan masalah ini.

Antara cara nak suburkan daun pandan dalam pasu bunga adalah dengan:

1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2 pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.

2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.

3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.

Selamat mencuba!

Sumber: Jue Jerry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*