Kucing Kencing Merata Dan Mencakar Ini Mungkin Puncanya Yang Tuan Kena Tahu
SIAPA yang ada membela kucing di rumah pasti tahu dengan sikap si bulus ini yang cukup sensitif. Sedikit perubahan di rumah seperti kemunculan individu berbeza, bayi yang baru lahir atau pemilik mempunyai haiwan kesayangan lain boleh memberi tekanan kepada si bulus ini.
“Ketika perkara itu berlaku dalam kawasan j4jahan mereka, kucing ada cara tersendiri untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka,” kata pakar psikologi haiwan Angela Pruss.
Apa yang mungkin mereka lakukan? Pruss memberitahu jangan terkejut jika kucing anda tiba-tiba kncing atau buang air besar dengan sengaja di selimut bayi atau katil bagi menyatakan rasa cembvru.
Perbuatan mencakar orang juga adalah tanda dia tidak selesa dengan perubahan yang berlaku dalam kawasan ‘j4jahannya’.
Tindakan kncing dan buang air besar di tempat tidak sepatutnya kata pakar itu adalah komunikasi biasa haiwan peliharaan ini dalam menunjukkan rasa marah dan sebagai pemilik anda perlu membuat beberapa kompromi.
Manusia perlu bijak berkompromi dengan kucing kesayangan mereka.
Bagaimanapun katanya, begitulah haiwan kesayangan anda menunjukkan tanda protes selain cuba mendekati individu baharu dalam kehidupannya.
“Di sinilah peranan pemilik bulus yang baru berkahwin sebagai contoh agar cuba membiasakan pasangan anda untuk bermanja dengan si bulus bagi membuatkan ia berasa selesa.
“Jika ia marah terpaksa tidur di tempat lain kerana biliknya menjadi bilik bayi, anda harus menyediakan tempat baharu yang selasa buatnya,” katanya lagi.
Sementara itu, bagi yang baru menimang cahaya mata, Angela menyesyorkan agar tidak terburu-buru memperkenalkan mereka kerana ia boleh mendatangkan bahaya.
Sebaliknya, pemilik boleh membiarkan si bulus berasa selesa terlebih dahulu dan mengenali bau bayi bagi membuatkan ia berasa selesa dan selamat.
“Ada sesetengah kucing, ia tidak suka berkongsi ruang atau tuannya dengan orang lain. Jadi anda perlu bijak jika ingin memperkenalkan bayi kepada mereka,”
Leave a Reply