Dinding Banyak Cicak Ini Kaedah Halau Cicak Dari Rumah
Realitinya memang ramai yang sangat geli dengan cicak. Lebih memburukkan keadaan apabila si cicak beranak pinak mewujudkan keturunannya di rumah anda. Jadi, mari hapvskan cicak dengan 10 cara di bawah supaya hidup keturunan manusia dalam keadaan tenang selepas ini bila berada di dalam rumah.
Hani tahu ramai yang tunggu hani p0st pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti dekat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi njis nya yang merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.
10 CARA HALAU CICAK DARI RUMAH
Punyalah Hani anti (dan geli) dengan cicak, ha hambik satu p0st Hani buat khas untuk dia.
Sebelum Hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapvs”kan dia.
BIODATA CICAK
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemngsa cicak: burung.
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dia orang sejuk kat luar tu), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju.
Kebncian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembkau, cuka, ubat gegat.
10 CARA ELAKKAN CICAK BERKAMPUNG DI RUMAH
Berdasarkan profile cicak kat atas ni mari Hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita.
1. HILANGKAN SUMBER MAKANAN CICAK
Hilangkan bekalan makanan cicak dekat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak dekat rumah. Gunakan racvn semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk.
Bila bekalan makanan dia tiada dekat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau tiada lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah Hani susah nak jumpa cicak.
2. SEDIAKAN JEJAK BURUNG DI RUMAH
Disebabkan cicak takut dekat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha tak payah sampai macam itu sekali, memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung dekat rumah kita dengan cara :
Jangan dihncurkan kulit telur burung puyuh ni. Memadai letak seketul dua dekat tempat masuk cicak.
Letak beberapa kulit telur burung puyuh dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak saja telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha.
Lekatkan bulu pelepah burung dekat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat dekat dinding jadikan perhiasan.
3. JANGAN RAPATKAN PERABOT DI DINDING RUMAH
Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding.
Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau dekat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.
4. JAGA KEBERSIHAN RUMAH
Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia dekat rumah tu haha.
5. ELAKKAN MELONGGOK BARANG
Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama.
Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.
6. LETAK BAWANG PUTIH / BAWANG MERAH DALAM KABINET
Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Karang membusuk lain pulak jadinya.
7. LETAK UBAT GEGAT
Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci atau kabinet berisi makanan tak digalakkan.
8. LAP MEJA DENGAN SEMBURAN CUKA
Lap permukaan meja makan atau kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (D.I.Y surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.
Cara-Cara:
- 250ml air biasa (air paip)
- 50ml cuka (cuka murah-murah je cuka sintetik pun ok)
- 3 sudu plastik dish soap (Hani guna Joy)
- 1 sudu plastik dettol
9. PELEKAT PERANGKAP LALAT
Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar.
Cicak akan melekat dekat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam Hani (hahaha Hani tak berani buat ni).
10. BELA KUCING DI RUMAH
Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dia orang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.
Jadi pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak dekat rumah. Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Hani Mynis
Leave a Reply