Tanpa Penghawa Dingin Ini Kaedah Jimat Untuk Sejukkan Badan Dan Rumah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tanpa Penghawa Dingin Ini Kaedah Jimat Untuk Sejukkan Badan Dan Rumah

Cuaca panas yang melanda Malaysia kebelakangan ini memang buat sesiapa pun gelisah. Bertuah bagi mereka yang ada air-cond dalam rumah tapi bil elektrik pula pasti melambung tinggi nanti!

Panas terik! Duduk diam sahaja di rumah pun sampai basah baju berpeluh-peluh. Kalau nak tidur lagilah terasa bahangnya.

Alangkah bagusnya kalau ada cara untuk sejukkan badan dan rumah, tanpa guna penghawa dingin. Nak tahu? Ini yang perlu anda lakukan:

1. Minimakan haba

Pastikan anda tutup semua perkakasan haba macam televisyen, lampu dan laptop

2. Buat air-cond sendiri

Bekukan air botol semalaman. Letakkannya di lantai, betul-betul di bawah kipas siling atau letakkan air botol beku tadi di belakang kipas meja. (Tabur sedikit garam di atasnya untuk kekalkan beku air botol.

3. Beralih tempat tidur

Tinggalkan tilam sebentar dan baring atas lantai beberapa minit.

4. Masukkan bantal dan selimut dalam freezer

Lipat kecil-kecil dan masukkan dalam plastik. Gunakan cadar dan sarung bantal dari sutera atau satin.

5. Basahkan sapu tangan dan letakkan di belakang leher

Leher mempunyai sensor yang mengawal suhu badan, Jadi kalau leher sejuk, maka seluruh badan akan sejuk.

6. Letak kipas meja berdekatan dengan tingkap

Ini membolehkan udara panas yang terkumpul dalam bilik dikeluarkan. Lagi banyak kipas lagi bagus.

7. Guna pelembap udara atau humidifier

Ia tidak semahal air-cond dan boleh membantu menambah kelembapan udara.

8. Letak sebekas ais depan kipas angin

Boleh tahan sampai 2 hingga 3 jam

Memang sangat praktikal dan berkesan untuk sejukkan badan dan juga rumah anda. Cuba dulu dan rasakan perubahannya sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*