Bersih Dan Pantas Ini Cara Mengemop Lantai Rumah Yang Kotor Tanpa Kos Tinggi

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bersih Dan Pantas Ini Cara Mengemop Lantai Rumah Yang Kotor Tanpa Kos Tinggi

Lantai merupakan bahagian yang paling kerap perlu dibersihkan kerana banyak kaki yang keluar masuk ke rumah. Itu tidak termasuk kalau ada binatang peliharaan seperti kucing lebih menambahkan kekerapan anda perlu mengemop lantai di rumah.

Percaya atau tidak mengemop lantai merupakan tugasan yang paling agak sukar dirumah selain dari melipat pakaian. Tugasan ini bukan sahaja memerlukan kudrat yang banyak tapi perlu dilakukan secara teliti.

Cara mencuci yang betul membantu proses mengemop ini tidak mengambil masa yang lama dan meletihkan! Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini.

Lantai Kotor? Inilah Masa Mengerah Kudrat Mengemop Lantai!

Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama. Disini kami ingin kongsikan cara-cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan tugasan mengemop anda lebih mudah dan bersih:

Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.

1. Air Panas & Cuka

Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.

2. Cecair Peluntur

Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Cl0rox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.

3. Pencuci Harum

Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa.

Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.

4. Air Bersih

Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.

Tip:

  • Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
  • Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
  • Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
  • Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.

Kami harap dengan perkongsian cara mop lantai ini akan memudahkan kerja anda membersihkan lantai di setiap ruang dirumah. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*