Subur Dan Gemuk Guna Bahan Dapur Saja Baja Pokok Sayur Pak Choy
Apa yang korang sediakan adalah bekas atau pasu, tanah dan bahan kompos. Kalau dilihat macam banyak keperluannya tetapi ia hanyalah ringkas dan mudah untuk dapatkan mana-mana kedai yang menjual peralatan rumah.
Bila ada masa yang terluang, rajin-rajinkanlah tangan korang untuk bercucuk tanam di kawasan rumah korang.
Percaya atau tidak dengan menggunakan tiga bahan sebagai baja pokok yang sangat mudah didapati di dalam rumah sahaja, korang dapat jadikan ia sebagai baja pokok untuk suburkan tanaman.
Ya, seperti perkongsian daripada Munyati Mohamad di laman Fbknya, wanita ini menunjukkan kesuburan sayur ‘Pak Choy’ yang ditanamnya sangat subur dan ‘gemok’.
Pokok pak choy atas tanah kebun tak berapa nak luas.. Ada la tanam dalam 6 pokok ja, tapi Alhamdulillah pokok tembum-tembun jugak.. Ni amek 4 pokok simpan nak masak sepokok, lagi 3 sedekah kat jiran-jiran.
“4 pokok ja tapi penuh seat moto tu..tak sabaq nak repeat tanam lagi pakai baja pokok ni…”
Katanya, hasil tanamannya tidak menggunakan apa-apa racvn serangga langsung tetapi ia tetap subur dan segar. Bahan-bahan yang diperlukan untuk dijadikan baja hanyalah menggunakan bahan sisa yang senang dijumpai di dalam rumah.
Antara bahan adalah:
- Air rendaman nasik basi
- Air beras
- Roti gardenia dah luput tarikh
Sukatan bahan tu tak ada, saya cuma masukkan sahaja bahan-bahan tu dalam botol itu. Tetapi, bila nak guna saya cuma guna air ni sikit tambah dengan air paip biasa untuk siram. Daun pun saya percikkan juga air ni untuk elak serangga.
Jadi, kepada yang ingin bercucuk tanam, inilah masa yang sesuai untuk korang lakukan aktiviti ini.
Sumber: Muniyati Mohamad
Leave a Reply