Dinding Kembali Bersih Kesan Conteng Anak Hilang Ikut Kaedah Mudah Ini Jimat Kos

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Dinding Kembali Bersih Kesan Conteng Anak Hilang Ikut Kaedah Mudah Ini Jimat Kos

Tapi bagi anda yang mempunyai anak kecil, mungkin pernah teruji kesabaran bila dinding rumah comot gara-gara menjadi ‘kanvas’ seni si anak.

Kekemasan dan kecantikan rumah seakan sudah menjadi ‘rukun’ kelengkapan menyambut perayaan.

Stress bagi sebahagian ibu bapa, namun ia adalah perkara normal dalam kalangan si kecil dan merupakan sebahagian daripada proses penting untuk merangsang kreativiti mereka.

Jadi, anda tak perlu risau. Di samping mengecat semula rumah dengan cat baru yang agak mahal, anda boleh memadamnya menggunakan bahan yang boleh didapati di pasar raya sahaja. Jom kita baca tips oleh Sharifah Hanim Syed Aslom melalui Nawal Huder untuk bersihkan contengan pada dinding rumah.

Bahan-Bahan:

  • Cream cif
  • Span
  • Air

Anda hanya memerlukan span, Cream Cif dan air sahaja untuk membersihkannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah, tonyoh dinding menggunakan span dengan Cream Cif sehingga kesan ‘lukisan’ tanggal. Kemudian, lap sisa dakwat dan kotoran menggunakan air sehingga bersih.

Hasilnya, contengan dinding rumah anda akan bertukar menjadi lebih bersih berbanding sebelumnya.

Menurut pengalaman Sharifah, bahan tersebut berkesan untuk menanggalkan contengan pada dinding yang menggunakan cat standard. Jadi, jika rumah anda tidak menggunakan cat khas yang kalis dakwat, anda tak perlu risau. Tips ini mungkin boleh membantu anda.

Tambahnya, bahan itu boleh menghilangkan kesan contengan pensil warna dengan mudah, namun untuk pen dan marker dakwat kekal, tugas menjadi agak sukar.

Bagaimanapun, kesan dakwat marker tetap boleh dikurangkan dengan signifikan agar dinding kelihatan lebih baik dari sebelumnya.

Tips ini sesuai untuk anda cuba untuk mendapatkan hasil ketara dalam masa yang singkat berbanding proses mengecat. Jadi apa tunggu lagi?

Gunakan tips ini untuk bersihkan contengan pada dinding rumah anda. Tak perlu gusar, rumah anda akan lebih bersih tanpa kotoran pada dinding.

Sumber: Sharifah Hanim Syed Aslom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*