Cepat Kering Dan Tak Kepam Ini 6 Kaedah Menjemur Pakaian

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cepat Kering Dan Tak Kepam Ini 6 Kaedah Menjemur Pakaian

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sukar untuk menjemur pakaian disebabkan oleh lindungan cahaya matahari oleh bangunan lain ataupun kurang kawasan menjemur pakaian, trik ini untuk korang!

Kekurangan kawasan menjemur pakaian bagi bujang boleh di terima lagi kerana jumlah pakaian tidak sebanyak mereka yang bekeluarga. Tetapi jika ruang menjemur kurang menerima cahaya matahari baju akan mengambil masa tempoh yang lama untuk kering.

Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.

Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menjemur pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.

1. GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI

Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.

2. ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS

Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.

3. KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT

Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.

4. GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER

Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.

5. SIDAI DI TEMPAT TERBUKA

Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.

6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN

Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat menjemur pakaian yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*