
Kekal Segar Dan Tak Lembik Ini Kaedah Simpan Cendawan Lebih Lama
Cendawan memang sejenis sayuran yang cukup snsitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.
Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas. Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama. Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.
CENDAWAN atau KULAT merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan ‘Fungi’. Kami pasti ramai diantara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya.
Mungkin ada diantara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) sebagai sumber nutriennya.
Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan.
Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Cendawan segar
- Kertas surat khabar
Cara-caranya:
- Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
- Jangan basuh cendawan terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.
Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih.
Leave a Reply