Boleh Tahan Lama Ikut Kaedah Betul Jaga Periuk Stainless Steel

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Boleh Tahan Lama Ikut Kaedah Betul Jaga Periuk Stainless Steel

Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.

Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.

Boleh ikut tip untuk jaga periuk, periuk Stainless Steel yang dikongsikan oleh Puan Angeline Tyy ini.

1. Jangan Guna Cecair K1mia / Ber4sid pada periuk Stainless Steel

Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair k1mia/ ber4sid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua mvsuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.

2. Rendam Dengan Air Selepas Memasak

Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).

3. Guna Scotch Brite 3M Green Pad & Pes Detergen

Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yg basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Angeline Tyy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*