Cepat Tumbuh Dan Merimbun Ini Kaedah Tanam Pokok Kari Guna Keratan Batang Mudah Saja
Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari tetapi lain pula dengan perkongsian pengguna Fbk bernama Fazli Che Fauzi yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas.
Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal.
CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG
Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum.
1. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang.
2. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci.
3. Jadi seperti gambar di bawah.
4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari.
5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak. Dapat la serumpun pokok kari. Gambar last tu bertunas selepas lebih kurang seminggu.
Mudah kan? Selamat mencuba. Tak rugi tanam pokok kari, senang boleh guna dalam masakan.
Sumber: Fazli Che Fauzi
Leave a Reply