Ruang Simpan Tambahan Buat Sendiri Pada Pintu Kabinet Dapur Jimat Kos Dan Mudah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ruang Simpan Tambahan Buat Sendiri Pada Pintu Kabinet Dapur Jimat Kos Dan Mudah

Ruangan dalam dapur haruslah sentiasa kelihatan kemas untuk memudahkan anda mencapai barangan yang diperlukan dan paling utama bersih.

Oleh itu, kami ingin kongsikan perkongsian pengguna Fbk Zilly Ekieyda Full yang telah membuat DIY ruang simpan tambahan menggunakan barangan RM2.10 sahaja.

Dapur merupakan antara bahagian penting dalam sesebuah rumah, ini kerana penyediaan makanan yang penuh rasa kasih sayang akan disediakan oleh orang tersayang anda.

Pada awalnya, beliau membeli barang seperti tempat gantung barang tanpa tujuan di kedai RM2.10, tetapi mendapatkan idea untuk melekatkannya di pintu kabinet sebelah dalam setibanya di rumah.

Kreatif dan menjimatkan, beliau telah menampal tempat gantung di pintu kabinet dan menempatkan barang seperti makanan tin, span basuh pinggan, kain lap dan pelbagai lagi yang ringan.

Wanita itu berkongsi foto-foto hasil DIY itu di dalam gr0up dekorasi di Fbk

“Haritu pegi ECO… Jumpe bekas putih nie… beli terus 12pcs (mase tu mmg tggl 12pcs je color putih) yg lain ade lah color hijau n purple… bler balik rumah duk pkir nak buat ape ye beli byk2.

“Nak lekat kt toilet, kt toilet da ade da lebih kurg bekas cmnie…pastu pkir punyer pkir dpt idea lekat kt pintu cabinet. bler suami bukak cabinet tengok, die kate dah macam bukak PETI AIS TAPI die kate OK lah tersusun senang nk amik brg nnti

Buat anda yang inginkan ruangan tambahan di dapur untuk kelihatan kemas, apa kata anda cuba idea kreatif oleh beliau. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk DIY dapur anda. Selamat mencuba!

Sumber: Zilly Ekieyda Full

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*