Tak Perlu Simen Hanya Guna Bata Dan Susun Dari Biar Tumbuh Lalang Boleh Jadi Ruang Lepak

Tak Perlu Simen Hanya Guna Bata Dan Susun Dari Biar Tumbuh Lalang Boleh Jadi Ruang Lepak

Nak upah orang simen, sikit sangat tak berbaloi. Nak bancuh dan simen sendiri tak pandai pula. Tapi ramai juga yang biarkan saja ruang ini tumbuh lalang dan rumput.

Kalau duduk rumah teres selalunya akan ada sedikit ruang sama ada di depan atau belakang rumah. Ada pemilik yang sambung rumah atau jadikan tempat bercucuk tanam.

Kalau dah begitu, mungkin kita boleh ikut idea dari Ady ZM. Tak perlu simen bagai, cuma beli bata dan susun. Siap! Kalau luas boleh buat tempat rehat petang hari. Cantik pun cantik.

Katanya modal cuma beli bata 1 pallet, bersamaan 600 biji bata. Kos dalam RM150 saja. Tambahan modal kena ada sikit kerajinan.

Modal bata 1 pallet, kos RM150

1. Bersihkan dulu rumput dan lalang, kawasan belakang rumah Ady ZM ini luasnya lebih kurang 10×22.

2. Boleh juga jika nak ratakan atau tambak dengan pasir dulu.

3. Kemudian boleh terus susun bata yang dibeli ikut kreativiti. Tak perlu guna simen, susun saja.

4. Untuk bata bahagian tepi, boleh ketuk dengan tukul kalau terlebih besar. Susun bata ini cuma ambil masa setengah hari saja.

5. Kalau ada bajet boleh beli payung dan kerusi, boleh jadi tempat rehat atau barbeku.

6. Lebihan bata boleh susun untuk jadi tempat letak pasu bunga.

Selesai!

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Jangan lupa beli penutup longkang tu sekali.

Sumber: Ady ZM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*