Pokok Limau Purut Yang Ditanam Dalam Pasu Ini Kaedah Untuk Suburkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pokok Limau Purut Yang Ditanam Dalam Pasu Ini Kaedah Untuk Suburkan

Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.

Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.

Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.

Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur

Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.

Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet t4hi ayam proses pun sama. Ikut mood.

Kadang saya nampak t4hi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.

Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.

Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.

Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.

Senang bukan caranya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*