Saiz Besar Hasil Buah Yang Banyak Ikut Cara Yang Betul Tanam Pokok Labu

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Saiz Besar Hasil Buah Yang Banyak Ikut Cara Yang Betul Tanam Pokok Labu

Supaya pokok labu yang ditanam menghasil buah yang banyak boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Siti Rokiah Che Hat.

Nak tanam pokok sayur seperti labu ada caranya, jika tak betul aturan mungkin tak berbuah. Atau boleh jadi juga pokok labu berbuah tapi sikit.

Cara tanam pokok labu untuk hasilkan buah yang banyak

Penyediaan anak benih labu

Terlebih dahulu sediakan biji benih labu dan lakukan langkah berikut,

  • Biji benih terlebih dahulu dirawat dengan racun kulat Benomyl
  • Benih direndam selama 24 jam
  • Biarkan biji benih kering dan barulah ia sedia untuk disemai.

Labu Antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy. Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini.

Jenis tanah yang sesuai

Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah.

Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik.

Semai biji benih

1. Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.

2. Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan
sihat.

Persediaan tanah

Persediaan tanah adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu digembur beberapa kali iaitu sebelum ditanam.

Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.

Pencahayaan

Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca yang panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi, kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari dan isi buah labu akan menjadi lembik.

Pembajaan

Nitrogen adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik.

Jarak tanaman

  • Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m
  • Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman.

Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.

Sungkupan

Menggunakan rumput atau poliethylene memberi beberapa kebaikan kepada anda:

  • Meningkatkan suhu tanah
  • Mempercepatkan pertumbuhan anak pokok
  • Ia juga memulihara kelembapan tanah
  • Mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.

Pendebungaan

1. Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.

2. Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi.

3. Dua sehingga enam ekor lebah madu cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum.

Pengurusan Rumpai

Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.

Kawalan penyakit

Penyakit labu utama meny3rang adalah seperti:

  • Damping-off (penyakit benih)
  • Disebabkan vrvs (menyebabkan pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu
  • Angular leaf spot
  • Downy mildew
  • Scab
  • Black rot
  • Phytophthora blight.
  • Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat.

Bila boleh tuai?

Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).

Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai.

Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.

Diharapkan perkongsian cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

Sumber: Siti Rokiah Che Hat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*