Tahi Lalat Pada Pakaian Dan Fabrik Hilang Ini Cara Berkesan Tanggalkan Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tahi Lalat Pada Pakaian Dan Fabrik Hilang Ini Cara Berkesan Tanggalkan Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Tahi lalat berlaku disebabkan kelembapan pada kain. Jadinya, kalau taknak pakaian bertahi lalat pastikan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dicampak dalam longgokan baju kotor.

Ada kaedah-kaedah yang mudah boleh anda boleh cuba apabila di rumah. Pakaian lama atau baju kesayangan anda, kalau dah terkena tahi lalat jangan dibuang dulu!

5 CARA BERKESAN HILANGKAN TAHI LALAT PADA PAKAIAN & FABRIK!

Jom cuba 5 cara hilangkan tahi lalat pada pakaian atau sebarang fabrik.

1. BAKING SODA

Anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus.

Ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.

CARA-CARANYA:

  • Pertama adalah dengan membuat pes baking soda.
  • Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat.
  • Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
  • Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut.

Bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membnvh spesis kulat yang berbeza.

Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!

2. CUKA

Cuka adalah bahan semula jadi yang selamat dan berkesan untuk membnvh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan.

Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.

CARA-CARANYA:

  • Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air.
  • Rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen.
  • Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.

Pada fabrik lain seperti sofa atau langsir. Masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat.

Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.

3. JUS LEMON DAN GARAM

CARA-CARANYA:

  • Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
  • Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat.
  • Kemudian, beruskan seperti biasa.

Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam bersama air suam selama 1 jam.

Selepas itu, bilaskan seperti biasa.

4. PELUNTUR

Peluntur (bleach’) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membnvh kulat pada pakaian.

Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!

CARA-CARANYA:

  • Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut.
  • Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk.
  • Ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
  • Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut.

Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.

5. VANISH

Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran.

Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.

CARA-CARANYA:

  • Sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat.
  • Biarkan seketika sekitar 5-10 minit.
  • Kemudian, beruskan sedikit dan bilas.
  • Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.

PASTIKAN DIJEMUR BAWAH CAHAYA MATAHARI

Selepas mencuci pakaian yang terkena kulat, jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.

Bagi mencegahnya daripada berulang, keringkan dahulu pakaian yang berpeluh atau lembap sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kotor.

Baju yang terkena susu atau makanan juga boleh direndamkan secepatnya supaya kotoran lebih senang ditanggalkan.

Jadi, jangan buang dulu baju-baju tersebut sebelum mencuba ya!

Sumber: Pesan Bonda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*