Kain Buruk Dan Kain Lap Jadi Bersih Ikut Kaedah Ini Untuk Cuci Baru Tak Nampak Kotor

Kain Buruk Dan Kain Lap Jadi Bersih Ikut Kaedah Ini Untuk Cuci Baru Tak Nampak Kotor

Lambakan kain buruk yang kotor kalau tidak dicuci setiap hari boleh mengundang pembiakan bktria. Jadi, kotoran degil seperti minyak susah dicuci? Sudah puas merendam dan menggosok tapi kotoran masih ada?

Jangan risau lagi! Mungkin anda boleh guna tips yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail di bawah ini.

TIPS BASUH KAIN BURUK & KAIN LAP

Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor.

CARA-CARA:

1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit.

2. Selepas itu, basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.

3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.

4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox, putar lagi beberapa minit.

5. Masuk dalam pengering balik.

6. Angkat dan bilas macam biasa.

7. Keringkan dan jemur.

Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumah tangga dan kain buruk untuk meniaga. Ini Kak Ida tunjuk cara basuhnya.

Sharing is caring! LOVE FROM KAK IDA.

Nota: Dulu dah share hari ini share balik tips nak basuh kain buruk atau kain lap lap yang kotor.

SEDIAKAN BAHAN:

  • Clorox
  • Pencuci kain

Walaupun, kaedahnya memerlukan penggunaan banyak masa dan pengulangan. Namun, untuk memastikan kebersihan benar terjaga tidak salah jika mencuba dan meluangkan waktu. Barulah lihat tidak merasa geli, meja tidak melekit dan tidak berbau busuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Zuraidah Ismail

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*