Tangki Saterika Wap Tak Berlumut Ini Kaedah Bersihkan Dengan Betul

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tangki Saterika Wap Tak Berlumut Ini Kaedah Bersihkan Dengan Betul

Tahukah anda bahawa dinding tangki untuk mengisi air pada seterika berwap itu akan menjadi berlumut jika tidak dibersihkan dalam tempoh yang lama.

Pasti ramai dalam kalangan kita yang menggunakan seterika wap kerana mempunyai fungsi yang sesuai dan mesra pengguna. Oleh itu, ini merupakan cara yang betul untuk anda bersihkan tangki seterika wap dengan betul supaya tangki air tidak berlumut dan bersih!

CARA BERSIHKAN TANGKI SETERIKA WAP DENGAN BETUL, BARULAH TAK BERLUMUT!

1. Mula-mula, tanggalkan tank drop daripada tapak tangki tersebut supaya kerja kita lebih mudah dilakukan kerana dibawah itu mempunyai litar elektrik untuk mengelakkan daripada terkena air ketika proses mencuci ini dijalankan.

2. Seterusnya tutup saluran air yang terletak di bawah tapak tangki itu supaya ketika proses mencuci nanti air pencuci tidak akan keluar.

3. Kemudian masukkan pencuci tangki sebanyak 2 liter ke dalam tangki seterika itu.

4. Dan biarkan selama 1 jam.

5. Seterusnya, selepas keluarkan air pencuci tangki tadi daripada tangki seterika ke dalam bekas kosong. Buang air itu sehingga habis.

6. Langkah seterusnya, bilas tangki tersebut dengan air panas supaya baki kotoran di dalam tangki tersebut dikeluarkan sepenuhnya sehingga bersih. Akhir sekali pasang kembali tapak tangki tersebut dan boleh menggunakannya.

7. Kesimpulannya, seterika wap ini banyak fungsi serta kelebihannya yang dapat memudahkan urusan, menjimatkan masa serta mempunyai mod penjimatan elektrik. Proses mencuci ini boleh dilakukan sekiranya di dalam tangki itu mempunyai kotoran dan lumut.

Oleh itu jika ada kesempatan masa sila pantau keadaan tangki seterika wap itu samada bersih atau tidak di rumah anda supaya kelihatan bersih dan rapi. Selamat mencuba!

Sumber: Repair Iron Bangi 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*