Anak Pisang Banyak, Pokok Kukuh Dan Berbuah Rendah Ini Kelebihan Tanam Pokok Pisang Cara Terbalik
Bagi yang nak cuba cara tanam pisang terbalik boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Joran Sempoi. Ada banyak kelebihan bila tanam pokok pisang menggunakan kaedah ini. Antaranya anak pokok pisang atau sulur yang tumbuh lebih banyak, pokok juga lebih kukuh dan paling menarik pokok pisang yang ditanam dengan cara terbalik ini berbuah rendah.
Macam mana ya tanam pisang terbalik? Sebenarnya ini adalah kaedah tanaman yang digunakan oleh pekebun Thai.
Cara-caranya:
1. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
Pot0ng batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Begini keadaan umbi yang dah dibuang akar halus.
3. GaIi lvbang dan masukkan umbi tadi dalam keadaan terbalik dan kambus paras-paras saja.
4. Siram pagi dan petang setiap hari. 2 sulur dah kelihatan.
5. Keadaan anak pokok pisang lebih kurang sebulan.
6. Bila pokok dah besar dan banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok saja. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
Selesai, Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Joran Sempoi, mimbar raudhah
Leave a Reply