Kekalkan Kesegaran Bunga Hidup Cuba Cara Ini Bunga Tahan Lama
Penjagaan yang rapi dan betul diperlukan agar bunga segar boleh tahan lebih lama dan tidak mudah rosak atau layu. Rugi beli bunga cantik-cantik seperti mawar dan kemboja tetapi salah penjagaan.
Justeru itu, untuk mengelakkan bunga segar layu dan mati dengan cepat, kami kongsikan tips penjagaan dengan betul agar boleh jangka hayat hidup lebih panjang dan tahan lebih lama.
‘FRESH FLOWERS’ TAHAN LEBIH LAMA, INI TIPS YANG WAJIB CUBA
Tips ini dikongsi oleh seorang pengguna TkTk dikenali sebagai Shida yang merupakan bekas pelajar Hortikultur iaitu sains seni penanaman sayur, buah-buahan dan bunga hiasan.

Menerusi video yang dikongsi itu hanya dua bahan sahaja diperlukan agar bunga segar tahan lebih lama. Tambahnya lagi, teknik ini sesuai digunakan untuk semua jenis bunga segar pilihan hati.
Langkah pertama ialah:
1. Sukat gula lebih kurang 30g (anggaran dua sudu besar gula) dan masukkan ke dalam cawan kemudian tambahkan 250ml air kosong dan tuangkan dalam pasu pilihan anda.


2. Seterusnya potong bahagian bawah bunga sedikit. Pastikan potong secara menyerong. Rujuk gambar. Akhir sekali, boleh letak dalam pasu yang berisi air tadi.


Ok dah siap! Jika anda menggunakan bunga Daisy, ia tak perlu letak bawah cahaya matahari kerana akan menyebabkan bunga cepat ma ti. Tujuan menambah gula untuk memanjangkan jangka hayat bunga satu sehingga dua minggu dan bergantung pada jenis bunga.

Boleh dapatkan fresh flowers di: Flowerishh_
Kalau tak ada gula, boleh cuba air Sprite sebab kandungan gula yang tinggi. Selamat mencuba.
Sumber: TkTk Shida Shoda
Leave a Reply