Dengan 4 Latihan Ini Lenguh Kaki Boleh Dipulihkan Memang Berkesan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dengan 4 Latihan Ini Lenguh Kaki Boleh Dipulihkan Memang Berkesan

Mereka yang banyak berdiri terlalu lama ataupun aktif melakukan aktiviti melibatkan kaki seperti berlari ataupun berjalan selalunya akan mengalami masalah tidak selesa pada kaki.

Selalunya kita akan memilih untuk pergi mengurut kerana risau jika kaki kita terseliuh ataupun ada masalah urat masuk angin kerana dibiarkan terlalu lama kaki dalam keadaan lenguh atau sakit.

Bagi rasa sakit yang tidak serius anda boleh menghilangkan lenguh kaki ini dengan beberapa latihan senaman ringan di rumah tanpa perlu berjumpa doktor.

Berikut adalah 4 latihan mudah untuk membantu anda mengurangkan lenguh kaki, sakit lutut, kaki dan ping gul.

1. Jengketkan kaki sambil berjalan.

Lakukan aktiviti ini selama 5 hingga 15 minit.

2. Memusingkan pergelangan kaki.

Lakukan sebanyak 10 pusingan ke kiri dan 10 pusingan ke kanan.

3. Berjalan di atas bola.

Duduk diatas kerusi, letakkan bola tenis dibawah kaki dan “urutkan” bola tenis tersebut kedepan dan kebelakang.

4. Mengurut kaki

Jika kaki lenguh dan merasa sakit, letakkan kedua jari anda di tempat di dalam gambar (di antara jari kaki 1 dan 2,4 dan 5; kira-kira 1 cm atau setengah inci dalam) dan urut sehingga 15 minit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*