Kenali Diri Melalui Postur Tidur Anda, Ini 6 Posisi Yang Dapat Dihubungkan Dengan Keperibadian Seseorang

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Kenali Diri Melalui Postur Tidur Anda, Ini 6 Posisi Yang Dapat Dihubungkan Dengan Keperibadian Seseorang

Tahukah kamu bahawa posisi tidur seseorang menunjukkan kepribadiannya. Hasilnya, dari 1.000 responden yang ditanya tentang posisi tidur, ternyata berkaitan yang cukup erat dengan kepribadian mereka. Terdapat 6 posisi tidur yang dapat dihubungkan dengan kepribadian seseorang.

1. Log

Merupakan tidur ke sisi  dengan tangan dan kaki lurus pada sisi yang sama, menyerupai kayu. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah seseorang yang mudah bergaul dengan orang sekeliling. Mudah mempercayai orang asing yang tidak dikenali dan mudah terti pu .

2. Yearner

Posisi tidur ke sisi, dengan kaki lurus ke bawah, tetapi tangan lurus ke arah depan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah seseorang yang terbuka, waspada, dan terkadang mudah curiga serta sinis,berfikiran tetap dan memerlukan  waktu yang lama untuk mengambil suatu keputusan.

3. Starfish

Starfish adalah posisi tidur terlentang dengan kedua tangan berada di samping kepala dan kaki lurus ke bawah. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah, seseorang teman yang baik, seorang yang ceria dalam apa jua keadaan dan pendengar yang baik dan suka membantu serta bersederhana.

4. Free Faller 

Free faller adalah posisi tidur meniarap dengan kedua tangan berada di samping kepala dan kaki lurus ke bawah. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang kurang sopan.

Seorang yang suka berteman , tidak tahu malu, lebih percaya dengan diri sendiri dan sukar  menerima kritik dan pendapat dari orang lain.

5. F0etus

Foetal merupakan tidur dengan posisi ke sisi, dengan menekuk kaki dan tangan menyerupai posisi bayi di dalam kandungan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang terlihat keras di luar, tetapi sebenarnya mempunyai hati yang lemah lembut dan sensitive. Pemalu dan memiliki kemampuan untuk tenang dengan cepat.

6. So1dier

So1dier adalah posisi tidur terlentang, dengan kaki lurus ke bawah dan tangan terletak di sisi badan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang pendiam dan senang mengamati orang lain, memiliki standard yang tinggi, baik bagi diri sendiri mahupun orang lain dan lebih suka menyendiri.

Sumber : Nakbebel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*