Ikut Tip Dari Wanita Ini Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap Dan Lembut

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ikut Tip Dari Wanita Ini Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap Dan Lembut

Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!

Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan ‎Mastu‎ra Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom cuba.

Tak ada resepi ha4v0c nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.

Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.

Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahan bahan yang diperlukan:

  • Beras (cap apa pun tak pe)
  • Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
  • Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
  • Daun pandan

Cara:

  • Basuh beras macam biasa
  • Masukkan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.

Tips sukat air

Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.

Ok tu je resepi simple saya kongsi la kalau rasa bermanfaat.

Sumber: Puan ‎Mastu‎ra Khalid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*