
Tidak Perlu Tapis Mi Segera Sehingga Dua Kali Ini Penjelasan Yang Perlu Kita tahu
MI segera antara makanan yang mudah dimasak dan menjadi kegemaran ramai dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat beberapa cara untuk memasak mi segera, mungkin ada yang lebih suka berkuah dan ada juga yang lebih suka ia digoreng.
Namun sesetengah individu percaya bahawa air rebusan mi segera berba haya kerana mengandungi kandungan li lin sehingga boleh mera cuni tubuh, tetapi sejauh manakah kesahihannya?
Seorang pakar zat makanan dari Indonesia, Dr Marudut menafikan kenyataan tersebut malah berkata air rebusan tersebut mengandungi zat seperti zink dan folik as1d.
Mi segera menjadi kegemaran ramai kerana mudah dimasak dan rasanya yang enak. Dia menyarankan agar sayuran atau hirisan ayam ditambah dalam mi segera agar hidangan tersebut lebih sihat dan berkhasiat.
Mengenai warna air rebusan mi segera, tidak dapat dinafikan ia kelihatan keruh dan sedikit kuning apabila mi direbus. Penghasilan warna tersebut berpunca daripada kebanyakan mi segera yang mempunyai warna kuning dan putih.
Walaupun terdapat perubahan warna pada air rebusan itu, ia tidak membahayakan dan anda boleh makan seperti biasa bersama mi segera tanpa perlu mengganti air rebusan yang baharu.
Makan mi segera dengan kerap atau menjadikannya sebagai hidangan rutin dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Menurut pakar nutrisi dari Indonesia, Tan Shot Yen tiada cara khusus untuk memasak mi segera dan mengganti air rebusannya adalah tidak perlu.
Sekiranya air rebusan berba haya, maka mi segera tersebut akan lebih berba haya untuk tubuh.
Tambahnya, mi segera merupakan produk ultra proses yang mana ia akan membawa kemudaratan pada tubuh badan sekiranya diambil secara berlebihan tanpa pengawalan.
Walaupun menjadi kegilaan ramai, namun anda tidak digalakkan untuk makan mi segera sebagai hidangan rutin bagi mengelakkan sebarang penya kit.
Sumber: myinfomaya
Leave a Reply