Teknik Biak Pokok Rose Dengan Cara Keratan Batang, Mudah Dan Cepat

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Teknik Biak Pokok Rose Dengan Cara Keratan Batang, Mudah Dan Cepat

Rose atau Mawar adalah antara tanaman wajib dan popular bagi mereka yang meminati laman atau kediaman berkonsepkan inggeris. walaupun tanaman berduri ini sebenarnya berasal dari kawasan iklim sejuk, namun kini terdapat pelbagai spesis yang telah serasi ditanam di Malaysia.

Disebabkan minat dan hobi di samping bentuk dan warnanya yang pelbagai, ramai yang sanggup berhabis wang untuk memenuhi koleksi pokok mawar di laman. satu pokok harga nya bukan kepalang, mahu mencecah puluhan ringgit.

Sebenarnya pokok ros amat mudah dibiakkan jika kena pada teknik nya. Antara teknik yang kerap diamalkan untuk tujuan pembiakan mawar adalah melalui keratan batang.

Melalui keratan batang, pembiakan boleh di lakukan dengan mudah dan cepat.

Cara pembiakan mawar melalui keratan batang:

  • ambil keratan batang dari pohon mawar yang sihat.
  • potong setiap keratan batang pada ukuran 6 inci panjang
  • hanya tinggal kan 2 set daun di bahagian atas.

Selepas di potong, segera masukkan keratan batang tadi di dalam air bersih tanpa klorin.

Kikis 1 inci kulit di bahagan bawah dengan menggunakan pisau atau gunting yang tajam. Namun peringkat ini ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan kerana khuatir batang tercede ra.

Hanya buang kulit sekeliling batang sahaja.

Rendam keratan batang yang telah dikikis tadi ke dalam h0rm0n pengakaran.

Sediakan medium di dalam botol atau cawan plastik sebagai beaks semaian. Tapi pastikan bekas seamian mempunyai saliran air keluar di bahagian bawah. Untuk semaian, gunakan medium yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan peroi.

Dengan menggunakan batang atau lidi kayu, buat lubang di tengah-tengah medium dengan kedalaman 3 inci.

Masukkan keratan batang yang telah direndam dengan hormon pengakaran ke dalam ruang yang telah disediakan.

Tekan dan padatkan medium tanaman di sekeliling keratan batang.

Susun bekas yang telah disemai ke dalam tong atau kotak plastik lutsinar. Lakukan siraman dengan menggunakan penyembur dan pastikan medium tanaman lembap sepenuhnya.

Tutup permukaan atau mulut kotak plastik tadi dengan pembalut makanan dan buka sedikit untuk tujuan pengudaraan. Simpan kotak di kawasan yang tidak menerima pencahayaan dan terik matahari secara terus

Ini hasil setelah seminggu keratan batang di dalam mini greenhouse.Telah mengeluarkan tunas baru. Apabila tunas baru dah mula pecah dan daunnya menjadi matang, ia boleh dipindahkan ke pasu kekal.

Boleh cuba tanam sendiri lepas ini dirumah. Kelihatan cantik ada taman bunga di rumah masing-masing.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*