Pemilik Kucing Diminta Lebih Berhati-hati Lebih 100 Kes Kebakaran Di Korea Berlaku Disebabkan Kucing

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Pemilik Kucing Diminta Lebih Berhati-hati Lebih 100 Kes Kebakaran Di Korea Berlaku Disebabkan Kucing

Selain comel, kucing merupakan haiwan peliharaan yang terkenal dengan perangai dan tindak tanduk yang kadang-kadang mencuit hati. Namun, tak kurang juga keluhan dan perkongsian pemilik haiwan berbulu ini tentang ‘perangai’ yang menyakitkan hati.

Antara yang sering dikongsikan oleh pemilik haiwan comel ini adalah ‘hobi’ mereka yang gemar membuat sepah, cakar atau merosakkan sofa dan lain-lain dan disebabkan inilah, ramai pemilik takut untuk meninggalkan rumah tanpa anak-anak bulu ini dikurung.

Seperti apa yang berlaku di Korea Selatan, baru-baru ini pegawai jabatan bomba di Seoul terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk meminta semua pemilik kucing di negara berkenaan secara amnya untuk berwaspada dengan anca man keba karan yang disebabkan oleh kucing kesayangan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul, 107 kebakaran rumah disebabkan oleh kucing telah berlaku dalam tempoh masa 3 tahun!

Tambah pihak bomba lagi, kebakaran rumah ini berpunca daripada kucing yang secara tidak sengaja menghidupkan dapur elektrik. Ramai yang kurang peka yang kucing-kucing ini mampu untuk ‘menghidupkan’ dapur elektrik dengan melompat atau berjalan diatas butang yang biasanya sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan.

Daripada jumlah 107 kes kebarakan tersebut, 4 orang telah tercedera sementara hampir separuh daripada kejadian keba karan berlaku ketika tuan rumah tiada di rumah.

“Kebakaran rumah kerana kucing sering sangat berlaku, kami minta pemilik supaya lebih berhati-hati terutamanya jika tiada orang dirumah”

Tambah pegawai yang mewakili jabatan bomba Seoul berkenaan, mereka yang mempunyai haiwan peliharaan dirumah harus berwaspada selain berhati-hati kerana kebakaran boleh merebak dengan pantas sekiranya tiada siapa di rumah.

Dalam masa yang sama, pihaknya menasihati pemilik untuk tidak meletakkan sebarang objek mudah terbakar seperti tisu berdekatan dengan dapur elektrik selain menggunakan dapur dengan fungsi kunci automatik.

Kalau nak diikutkan, bukan di Korea Selatan sahaja masalah ini berlaku, di Amerika Syarikat misalnya, terdapat hampir 1000 kes keba karan rumah disebabkan haiwan peliharaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*