5 Tips Untuk Bagi Rumah Jadi Lebih Sejuk Dan Tenang
Setiap pasangan yang sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata pasti inginkan keluarga yang bahagia. Sebab itu kita sanggup berusaha untuk mengetahui apakah ciri-ciri keluarga bahagia agar itu juga realiti hidup kita.
Kita sanggup lakukan apa sahaja untuk kecapi kebahagian kerana ia lebih kekal daripada wang dan harta. Keluarga bahagia sebenarnya bukanlah sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak yang berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah semata-mata. Ia satu daripada ikatan kasih sayang yang suci yang terjalin bersama pasangan manakala anak-anak pula adalah amanah dari Tuhan.
1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja
Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya
2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu.
Jangan main masuk je. Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan.
Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!
3. Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :
- Bila dah habis main, kat mana nak simpan
- Bila dah buka baju, kat mana nak letak
- Bila dah mandi, nak simpan tuala kat mana
- Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana
Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!
4. Hadkan bilangan mainan di rumah.
Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘ less is better ‘
Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!
5. Memahami raut wajah
Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita
Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :
- 7% je yang sampai melalui PERKATAAN ( verbal communication )
- 38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA
- 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka
Bila isteri kata ” Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!
Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?
Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Taufiq Razif
Leave a Reply