Fahami 5 Sebab Isteri Susah Nak ‘Ngam’ Dengan Mak Mentua Bukan Sengaja Nak Mengada

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Fahami 5 Sebab Isteri Susah Nak ‘Ngam’ Dengan Mak Mentua Bukan Sengaja Nak Mengada

Kenapalah bini aku ni susah sangat nak berbaik dengan mak aku. Padahal aku takde masalah pun dengan mak ayah dia. Peningnya kepala aku ni, dah macam drama pulak. Susah sangat ke nak mengalah?

Ya, situasi menantu dan mentua (terutamanya menantu perempuan dan ibu mentua) memang biasa kita lihat dalam drama Melayu di TV. Tapi sebenarnya ia bukanlah berlaku disebabkan mentaliti orang kita saja, sebab di luar negara pun kita dapat lihat konflik ini telah berlaku sejak sekian lama – dan ia masih berterusan hingga ke hari ini.

Buktinya, sebuah kajian yang dilaporkan oleh The Daily Mail mendapati hampir 2/3 daripada wanita yang telah berkahwin mengakui bahawa mereka mengalami stres dan kemurungan disebabkan pergeseran dengan ibu mentua masing-masing.

Memang tak semua mengalaminya. Ada juga yang bahagia dan sangat gembira. Namun mungkin ada yang tak faham kenapa masalah ini lebih cenderung terjadi kepada menantu perempuan, dan bukannya menantu lelaki. Berikut adalah sebab-sebab yang dijelaskan oleh pakar dan ahli psikologi.

1. PEREBUTAN ‘KUASA’

Dr Terri Apter, seorang ahli psikologi menjelaskan bahawa konflik ini berlaku apabila kedua-dua orang wanita ini cuba mencapai posisi yang sama dalam sebuah keluarga – iaitu sebagai primary woman atau wanita utama dalam keluarga.

Sifat insecurity yang cenderung dimiliki oleh wanita menyebabkan masing-masing cuba menunjukkan kuasa atau melindungi status mereka hingga berasa teran cam antara satu sama lain. Akibatnya, perasaan ini membuatkan menantu dan mentua sering membuat tanggapan bahawa mereka dikritik dan dipandang rendah.

2. WANITA LEBIH SENSITIF

Secara semulajadinya, wanita adalah makhluk yang lebih sensitif berbanding lelaki. Bukanlah nak mengada-ngada, tapi begitulah input yang telah diprogramkan terhadap otak wanita secara umumnya.

Buktinya, sebuah kajian yang dilaporkan oleh Medical Daily mengesahkan bahawa otak wanita lebih responsif terhadap emosi negatif dan akan memberi reaksi yang berbeza berbanding lelaki. Apabila seseorang wanita mengalami atau melihat sesuatu yang menyukarkan atau menyedihkan, bahagian otak mereka lebih terfokus terhadap emosi dan perasaan.

Sebaliknya, otak seseorang lelaki dilihat lebih banyak membuat analisis tentang logik dan impak terhadap keadaan tersebut – dan bahagian otak yang mengendalikan emosi negatif ini dilihat lebih pasif.

3. MENYIMPAN LEBIH BANYAK MEMORI

Dalam sebuah lagi penelitian, bahagian motorik dalam otak wanita didapati lebih aktif apabila ia terdedah kepada imej atau pengalaman yang melibatkan perubahan emosi, terutamanya emosi negatif. Oleh sebab itu jugalah, kebanyakan wanita dilihat mampu menceritakan sebuah keadaan atau trauma yang dialami dengan lebih terperinci berbanding lelaki yang lebih mudah melupakan sesuatu peristiwa.

(Wah, patutlah sekali perempuan mengungkit, semua kisah lama habis diceritakan tanpa ada tertinggal satu pun!)

Dr Klara Spalek, ketua penyelidik dalam penelitian tersebut tidak menafikan bahawa kebolehan mengingat dan menyimpan lebih banyak memori inilah yang menyebabkan wanita mudah berasa emosional berbanding lelaki.

4. LEBIH BANYAK TERLIBAT DENGAN KERJA DI RUMAH

Secara logiknya, kita dapat lihat bahawa isteri lebih kerap berada di rumah dan melakukan tugas-tugas harian. Secara tidak langsung, kerja-kerja rumah ini menjadi kayu ukur terhadap ‘nilai’ seseorang wanita dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Apapun, cara memasak, mencuci, mengemas, dan menjaga anak, semuanya ada cara tersendiri. Kalau tak kena gaya, ia boleh menjadi bahan kritikan dan menimbulkan salah faham,

Bagi lelaki pula, mereka jarang berada di rumah dan melakukan apa-apa kerja yang membuatkan diri mereka rasa ‘dinilai’ atau ‘diperhatikan’. Lagipun, mereka tak di‘expect’ pun untuk membuat sebarang kerja rumah. Asalkan kerja bagus dan gaji tinggi, ramai orang ingat dah cukuplah, kan?

5. LELAKI LEBIH PANDAI MENGELAK & BERMAIN STRATEGI

Dalam sebuah kajian di Jepun, wanita yang tinggal bersama keluarga mentua didapati berpotensi sebanyak 2 hingga 3 kali ganda untuk memiliki masalah penya kit jan tung. Sebaliknya, lelaki yang tinggal bersama mentua mereka langsung tidak mengalami sebarang peningkatan risi ko terhadap penyakit tersebut!

Pakar mengatakan bahawa ini ada kaitannya dengan sifat lelaki yang lebih pandai mengelak dan bermain strategi. Berbanding wanita, lelaki juga boleh berlawak dan kurang mengambil serius tentang apa yang diperkatakan oleh keluarga mentua kepada mereka.

KEDUA-DUANYA INGIN DISAYANGI

Walau berapa pun umur seorang wanita, jauh di sudut hati mereka tentu inginkan perhatian daripada orang yang disayangi. Kalau isteri tentulah mahukan perhatian utama daripada suami. Bagi seorang ibu pula, mereka juga ingin merasa kasih sayang anak-anak.

Disebabkan itu, seorang suami perlu bijak mengambil hati dan meluangkan masa untuk kedua-dua wanita ini dalam hidup mereka. Semoga setiap permasalahan dapat ditangani dengan rundingan damai dan sifat toleransi. Paling penting, banyakkan bersabar kerana semua ujian ini juga mungkin menjadikan kita lebih matang dalam mengendalikan urusan rumah tangga.














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*