Penjelasan Membuat Binaan Kvbur Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang
Dalam tempoh perayaan ini, tentu ramai di antara kita yang menjadikan kebiasaan untuk menziarahi ku bur pusara keluarga dan saudara-mara terdekat.
Dalam pada itu, ketika menziarahi ku bur kita lazimnya akan membersihkan kawasan perku buran, dan tidak kurang juga ada yang berhasrat mahu menambah binaan ku bur.
Namun tahukah kita apakah sebenarnya hu kum membuat binaan ku bur?
Dalam sebuah post oleh Muhammad Aswad telah dikongsikan bahawa beliau pernah bertanyakan Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.
Jom baca selanjutnya tentang jawapan Mufti Wilayah berkaitan isu tersebut.
HU KUM MEMBUAT BINAAN KU BUR YANG MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG
Saya nak kongsikan pertanyaan saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan.
Semoga bermanfaat!
SOALAN:
Apakah hu kum membuat binaan di atas ku bur?
JAWAPAN:
Kami menukilkan keterangan di dalam kitab Fiqh al-Manhaji (1/617-618):
1. MAKRUH
Makruh membina ku bur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA, katanya:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan ku bur dengan batu kapur.”
Riwayat Muslim (970)
2. HARAM
Walau bagaimanapun pembinaan ku bur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram.
Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dice la oleh agama.
Makruh tahrim meninggikan ku bur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.
Menurut sunnah bahawa ku bur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:
أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ
Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan ku bur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” Riwayat Muslim (969)
“…KEMA TIAN ADALAH PEMUTUS BAGI KEMEWAHAN…”
Larangan makruh ini dikuatkan dengan realiti bahawa kema tian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup, sehingga jadilah ku bur itu ingatan kepada kema tian bukan kemewahan.
Apatahlagi tidak boleh menggunakan harta peninggalan si ma ti untuk tujuan binaan di atas ku bur.
Firman Allah Taala:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2)
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk ku bur. (Surah al-Takathur: 1-2)
Syeikh Ali al-Sobuni dalam Sofwah al-Tafasir menyebut tafsir:
“Maksudnya mereka itu yakni manusia terlalu sibuk dan berbangga dengan harta benda, anak-anak, dan para pengkut sehingga melupakan untuk berbuat taat kepada Allah da meninggalkan persiapan akhirat…sehinggalah kema tian tiba kepada mereka. Lalu mereka dikebu mikan di dalam ku bur-ku bur.”
Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Ada Spesifikasi Ditetapkan Sebagai Panduan
Merujuk kepada laman web e-pusara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terdapat spesifikasi yang boleh diikut sebagai panduan untuk membuat kepungan ku bur ini.
Berikut dilampirkan juga antara contoh kepungan ku bur atau binaan yang dibenarkan serta tidak dibenarkan.
Semoga bermanfaat buat semua. Peringatan kepada ahli keluarga yang lain jika ingin membuat di tapak kbur lepas ni.
Sumber: sl
Leave a Reply