6 Sebab Kenapa Lelaki Lagi Suka Diam Bila Marah Dan Ada Masalah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

6 Sebab Kenapa Lelaki Lagi Suka Diam Bila Marah Dan Ada Masalah

Perasan tak, kalau perempuan berga duh dengan lelaki, lelaki biasanya akan diam. Kenapa lelaki diam? Ya, DIAM membatu.

Perempuan yang tengah panas hati dan membebel bertubi-tubi ni mestilah geram! Orang cakap dengan dia, boleh buat muka tak ada reaksi je… Seolah-olah diberi ‘silent treatment’ pulak kan?

Lepas tu perempuan pun mulalah rasa tak puas hati dan akan paksa si lelaki tu bercakap sampai buatkan dia naik angin.

Hah, mesti selalu berlaku kan?

Oleh itu, kita kena faham kenapa lelaki pilih untuk senyap supaya punca kepada masalah komunikasi ni dapat dijumpai dan diselesaikan.

Ada banyak sebab kenapa lelaki memilih untuk berdiam diri dalam banyak keadaan.

6 SEBAB KENAPA LELAKI DIAM BILA MARAH, ADA MASALAH ATAU TANPA SEBAB APA-APA

1. OTAK MEREKA TAK DIJADIKAN UNTUK ‘MULTITASKING’

Lelaki ni kalau diam tak semestinya dia marah atau tak minat. Tak macam perempuan yang boleh ‘multitasking’ atau buat 2-3 kerja dalam satu masa, tahukah anda bahawa minda lelaki hanya boleh fokus satu benda pada satu masa.

Kalau dia tidak hiraukan kita, boleh jadi dia sedang terfikirkan tentang urusan atau masalah lain seperti konflik di tempat kerja.

Berikan dia masa untuk bersendirian dan dekati dia dengan cara yang menyenangkan supaya dia lebih senang untuk diajak berbincang.

Jangan pakai sergah je… Mulakan dengan bertanya tentang harinya.

Bila lelaki rasa disayangi, barulah dia juga akan bersikap lebih terbuka tanpa disedari.

2. PEREMPUAN LEBIH PANDAI BERCAKAP

Dalam satu hubu ngan, komunikasi mesti akan lebih memihak kepada perempuan kerana memang sifat perempuan untuk lebih petah bercakap dan bersikap lebih terbuka.

Kebanyakan lelaki juga tidak biasa untuk berbahas soal percintaan atau emosi dengan orang lain walaupun dengan pasangannya sendiri.

Lelaki juga menganggap tak macho untuk berkongsi emosi dan lebih memilih untuk berdiam bila bercakap tentang hal ini.

Jadi, pilihan untuk senyap ialah jalan mudah di samping dapat mengelakkan lelaki hilang rasa keyakinan.

3. JALAN SELAMAT

Kalau bab bercakap ni, lelaki biasanya akan cepat mengalah dengan perempuan kan? Diam tu sebenarnya seolah-olah macam snj4ta mereka berbanding perempuan yang ‘handal berdebat’.

Lelaki akan gunakan teknik mendiamkan diri sebagai usaha untuk selamatkan diri dari masalah yang lebih besar dan untuk selamatkan hubu ngan.

4. TAK MAHU BURUKKAN KEADAAN

Secara semulajadinya, lelaki diajar untuk hormat pada perempuan. Namun, bukan mudah untuk lelaki bercakap dengan rasa hormat dan kawal kemarahan pada masa yang sama.

Bila lelaki tengah marah, berdiam diri adalah caranya untuk kawal perasaan dan dapat menjaga mereka daripada bertindak agrsif secara fizikal.

Sebagai perempuan, bila berdepan dengan lelaki yang memb1su, jangan pula paksa dia bercakap. Sebabnya,
paksaan tu bukan memudahkan, sebaliknya membuatkan lelaki tak selesa, makin rimas, serabut, dan lagi susah untuk bercakap.

5. REFLEKSI DIRI

Kalau pasangan anda jenis pendengar yang baik, kalau dia diam boleh jadi yang dia tengah hadam kata-kata dari kita. Ini ialah perkara yang baik kerana dia bukan sekadar dengar tapi dia juga cuba untuk faham.

Hubu ngan juga boleh jadi lebih baik kalau kita lebih bersikap terbuka untuk cari penyelesaian berbanding mencari salah pada pasangan.

6. ‘EGO LELAKI’

Bila bab bercakap hati ke hati ni, lelaki pun ada ego mereka tersendiri. Rasa tak mampu untuk bagi yang terbaik untuk orang yang dicintai memang cukup mengecewakan.

Oleh sebab itu, lelaki akan pilih untuk berdiam ego mereka yang tak mahu dianggap tak cukup bagus.

CUBA BERI SEDIKIT RUANG

Walaupun susah untuk ajak lelaki berbincang, tapi komunikasi mesti perlu dijaga demi mengekalkan hubu ngan. Berikan sedikit ruang supaya keadaan lebih tenang dan emosi lebih terurus.

Kemudian, ajaklah berbincang dengan cara yang baik supaya perbualan lebih terbuka dan berkesan. Yang penting, waktu kena sesuai dan tak memaksa.

Bila dia dah setuju nak berbincang, kita orang perempuan jangan nak tunjuk ‘terror’ nak berbahas pulak dengan si dia.

Berikan peluang untuk dia luahkan cerita dari sisi dia pula. Barulah dinamakan komunikasi dua hala ok!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*