Jangan Putus Harapan “Kenapa Doa Lambat Makbul” Lelaki Ini Kongsi Intipati Kuliah Subuh Tentang Doa
Doa adalah snjta orang mukmin. Banyak berdoa, namun terasa seperti tidak dikabulkan sehingga berasa putus harapan? Sabar dahulu dan bermuhasabahlah. Selidik di mana kekurangan kita dalam mengungkapkan doa. Berikut perkongsian Khairul Hakimin berkenaan sebab-sebab doa lambat dikabulkan berdasarkan kuliah subuh yang didengarkannya.
1. TIDAK BERMULA DENGAN MEMUJI ALLAH
Antara adab dalam berdoa adalah dengan memuji Allah SWT sebelum meminta sebarang hajat. Contoh mudahnya adalah dengan melihat kepada bacaan surah al-Fatihah yang dibacakan oleh seseorang. Ia berdasarkan sebuah riwayat yang panjang daripada Abu Hurairah R.A.
Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menceritakan berkenaan bacaan al-Fatihah di dalam solat. Lalu Allah SWT membahagikan solat kepada dua bahagian. Untuk diri-Nya dan untuk para hamba-Nya.
Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ke ayat yang ke lima kepada Allah SWT. Kemudian pada ayat yang keenam, ia diikuti dengan permintaan atau doa yang pertama iaitu:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Maksudnya: Berilah kami hidayah kepada jalan yang lurus. (Surah al-Fatihah: 6)
2. TERLALU FOKUS DIRI SENDIRI
Terlalu fokus diri sendiri sampai tidak berdoa untuk ibu bapa. Ibu bapa mentua (jika ada), adik beradik, ipar duai, isteri, anak, kaum keluarga.
Daripada Abu Darda; Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara gh4ib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain turut menyatakan, doa yang paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa secara gh4ib iaitu dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
3. TIDAK BERSELAWAT
Tidak berselawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam. Nabi pernah mendengar ada orang yang berdoa dalam solatnya. Dan dia tidak memuji Allah dan tidak bersalawat kepada Nabi, Kemudian Baginda bersabda: “Orang ini terburu-buru.”
Seterusnya sabda Baginda: “Apabila kalian berdoa, hendaknya memulakan dengan memuji dan mengagungkan Allah, kemudian bersalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian berdoalah sesuai kehendaknya.” (HR Ahmad)
4. TERGESA-GESA
Orang yang tergesa-gesa ialah yang tidak sabar doanya dikabulkan dan mudah berputus asa dan enggan berdoa kembali. Salah satu kesalahan yang dapat menghalangi terkabulnya doa ialah sikap tergesa-gesa seorang hamba. Ia menganggap doanya lambat dikabulkan. Lantas ia pun merasa putus asa dan letih, sehingga akhirnya meninggalkan doa.
5. TIDAK MERENDAH DIRI
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah. Penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
(maksudnya) “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55)
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah. Kita menghampiri pintu kemakbulan.
6. MERASAKAN DIRI MULIA
Merasakan diri mulia. Boleh mendapat apa sahaja jika berdoa sedangkan kita ini hamba yang hina yang banyak dosa. Rendahkan diri serendah-rendahnya semasa meminta. Tadharru’ ertinya merendahkan diri dan tunduk taat. Khufyah adalah berdoa tidak terang-terangan yakni dengan suara yang lembut (rayuan dengan penuh pengharapan).
Imam al-Hasan al-Basri rahimahullah berkata: “Mereka (orang soleh) dahulu berdoa dengan sungguh-sungguh, terdengar hanyalah suara perlahan/lembut”.
Berdoalah berungguh-sungguh kepada Allah dengan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azaabNya, dengan penuh keyakinan akan dimakbulkan, serta dengan perasaan merendahkan diri kepadaNya.
7. SUSUNAN & TERTIB DOA
Paling mustahak ialah susunan sebelum doa. Paling elok mula dengan solat, kemudian zikir istighfar, zikir memuji Allah, membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, baru berdoa.
8. MENGABAIKAN KEBERSIHAN
Tidak bersihkan ruang solat, anggap ia bersih namun tak tahu apa yang jatuh apa yang hinggap. Sesekali bersihkan sejadah, kemas, tepuk, vacuum. Sama juga dengan telekung dan kopiah, jangan biar lama, paling kurang 3-5 hari mesti basuh.
9. MENDAHULUKAN YANG WAJIB
Mengutamakan yang wajib, solat dahulu, baru doa. Minta maaf dahulu, baru doa, taubat dahulu baru meminta-minta.
“Kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu. Sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar. Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan. Tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan”.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Leave a Reply