5 Kelebihan Surah Al Mulk Dan Kenapa Kita Membacanya Sebelum Tidur

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

5 Kelebihan Surah Al Mulk Dan Kenapa Kita Membacanya Sebelum Tidur

“Kenapa kita kena baca surah al Mulk sebelum tidur? Apa kelebihan surah al Mulk ni ye?” Mungkin kita selalu mendengar anjuran mengamalkan surah al Mulk atau ‘Tabaraka’ sebelum tidur.

Namun, tahukah kita apa sebenarnya kelebihan surah al Mulk dan apa istimewanya untuk kita membaca surah ini pada setiap malam?

Di sini kami kongsikan antara kelebihan surah al Mulk ( الملك ) iaitu surah ke 67 dalam Al-Qur’an.

5 KELEBIHAN SURAH AL MULK DAN KENAPA KITA MEMBACANYA SEBELUM TIDUR

Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.

Dinamakan surah ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.

RINGKASAN KANDUNGAN SURAH AL MULK

Intisari kandungan surah Al Mulk menegaskan bahawa Allah Ta’ala yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya – untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka: Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya. Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari k14mat dan balasan buruk yang sangat-sangat mengg3runkan, yang disediakan bagi orang- orang yang kufur ingkar.

Sebaliknya, disebutkan bahawa orang-orang yang takut melanggar hvkum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat az4b Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Ramai antara kita yang mengamalkan surah ini setiap malam dan tak kurang juga yang telah menghafalnya.

Berikut adalah antara kelebihan surah al Mulk dan mengapa kita amat dianjurkan untuk membacanya setiap malam.

5 KEISTIMEWAAN SURAH AL MULK

1. DIAMPUNKAN DOSA BAGI YANG MEMBACANYA

Menurut JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)

Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari. Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

2. SURAH AL MULK PENYELAMAT DARI AZAB KUBUR

Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam.

Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:

Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah ku bur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.

Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.

Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah ku bur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada aazab ku bur. Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890. Sumber: Mufti Wilayah

3. AMALAN NABI SAW SETIAP MALAM

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah As Sajdah dan surah Al Mulk).

Daripada Jabir beliau berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh itu sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk dan mencontohi sunnah Nabi SAW.

4. SURAH AL MULK MENJADI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ

“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ . (Hadis Riwayat Thabrani)

5. DIGELAR SURAH AL MANI’AH DAN AL MUNJIAH

Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada s1ks4 ku bur dan s1ksa api nera ka. (Hadith Riwayat An Nasai)

JOM KITA SAMA-SAMA AMALKAN SURAH AL MULK!

Memang banyak kelebihan ayat-ayat Al Quran, di mana setiap butir huruf dan perkataannya terkandun seribu satu hikmah apabila ia dibaca, dilazimi, difahami dan ditadabbur.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan amalan membaca surah Al Mulk dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita mening gal dunia, Allah SWT akan sudi mengampuni segala dosa kita, menyelamatkan kita dari aazab ku bur serta mengharumkan perku buran kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Mudah-mudahan, Insha Allah.

Wallahu ‘alam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*