Baca Doa-Doa Ini Selepas Kita Mengazankan Ke Telinga Bayi, Amalan Ini Semakin Dilupakan.
Ketika ini, ramai pasangan menyambut kelahiran bayi mereka walaupun di saat pandmik melanda negara. Bapa atau wakil yang telah menyambut cahaya mata juga disarankan untuk membaca doa bayi baru lahir selepas melaungkan azan. Setelah mengumandangkan azan dan melafazkan iqamah pada bayi, terus sahaja membaca doa ini.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ بَارًّا تَقِيًّا رَشِيْدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الْإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا
(Allaahummaj ‘alhu baarran taqiyyan rasyiidan wa-anbit-hu fil islaami nabaatan hasanan)Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah ia (bayi) orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah ia dalam islam dengan pertumbuhan yang baik.”
Selepas membaca doa diatas, baca surah Al-Ikhlas di telinga bayi sebelah kanan, surah Al-Qadr pada telinga bayi sebelah kanan. Seterusnya, membaca Q.S Ali-Imran ayat 36.
وَإِنّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Aku memohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada sya1tan yang terkutuk.” (QS Ali Imran :36)
Setelah membaca ayat diatas baca doa di bawah ini pada telinga bayi sebelah kanan.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ
(A’uudzu bikalimatillaahi at-taammati min kulli syaithaanin wa haammatin wamin kulli ‘ainin lâmmatin)Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syai tan, kesusahan, dan pandangan yang ja hat.”
Kredit: zayan
Leave a Reply