Jangan Ganggu Bahagia Orang Lain, Al-Quran Amat Melarang Perbuatan Merebut Suami Atau Isteri Orang

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Jangan Ganggu Bahagia Orang Lain, Al-Quran Amat Melarang Perbuatan Merebut Suami Atau Isteri Orang

Berdosa jalin hvbungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perc3raian. Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.

Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.

Berdosa jadi orang ketiga

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perce raian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hvbungan dengan individu lain.

Individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hvbungan dengan suami atau isteri orang juga haram hvkumnya.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hvkumnya kerana pujuk rayu dalam perhubvngan itu punca kepada keja hatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri z1 na.

“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhu bungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,”

Suami isteri perlu kukuhkan cinta

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain. Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehan curan rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubu ngan seorang isteri dengan suaminya” (HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Jujur pada pasangan

Kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku cu rang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya. Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah b4tin,”

Isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut ce rai daripada suami sama ada melalui ce rai taklik, fasakh atau khuluk. Pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Sumber: pesonapengantin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*