Sebelum Keluar Bekerja, Rajinkan Lakukan Hal Ini Untuk Kekalkan Rumah Tangga Anda Bahagia
Sebelum diri berangkat pergi bekerja seharian, biasakanlah diri cium anak dan isteri anda. Cara yang mudah ini memberi serba sedikit kebahagiaan kepada mereka yang menyatakan kasih sayang ayah terhadap anak dan isteri.
Ketahuilah bahawa kening perempuan merupakan sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan. Pada kening perempuanlah Tuhan menghebuskan sumber ketenangan. Maka tidak hairanlah, jika suami dapat merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.
Perempuan menciumkan tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ternyata ada doa yang dipanjatkan di tangan suami, meletakkan doa di sana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja demi orang-orang yang dicintai dan disayanginya.
Ciuman adalah salah satu saranan untuk menyampaikan rasa sayang kepada orang yang kita cintai. Kucupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang kepada anak-anaknya amat diperlukan.
Leave a Reply